SEMAKAN STATUS STR : CARA SEMAK FASA 1 2026 BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
STR ialah singkatan bagi Sumbangan Tunai Rahmah, sebuah bantuan kewangan daripada kerajaan Malaysia untuk meringankan beban kos sara hidup golongan B40 dan M40. Bantuan ini disalurkan kepada penerima yang layak untuk membantu mereka memenuhi keperluan asas.
Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibuka sepanjang tahun bagi membolehkan rakyat yang berkelayakan untuk memohon dan menerima bayaran pada setiap fasa sehingga fasa yang keempat (penghujung tahun).
Bagaimanakah semakan status str? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : PEMBAYARAN DUIT SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025 : SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH
SEMAKAN KELAYAKAN STR 2026
Untuk syarat kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mestilah Warganegara Malaysia serta memenuhi kelayakan seperti berikut:
ISI RUMAH :
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
WARGA EMAS :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
BUJANG :
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN STATUS STR 2026
Berikut merupakan panduan semakan status bantuan STR 2026 secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Laman Portal MySTR 2026 akan dipaparkan.
- Pada paparan tersebut, klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruangan tersebut.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Paparan seterusnya menunjukkan [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] seperti yang telah diciptakan.
- Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Terus klik butang [Semakan Permohonan].
- Status permohonan akan dipaparkan.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN STR
Sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:
- Untuk mendapatkan kembali kata laluan/ password log masuk Portal Rasmi MYSTR 2026 yang terlupa atau hilang, sila tekan pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/TerlupaKataLaluan
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Kemudian, klik [Semak].
- Sila masukkan Alamat e-Mail yang berdaftar.
- Seterusnya, tekan butang [Hantar].
- Sila semak e-Mail untuk kata laluan baru.
- Anda akan menerima e-Mail : makluman penukaran Kata Laluan ID Sumbagan Tunai Rahmah 2026.
- Dalam e-Mail tersebut akan dipaparkan maklumat ID Sumbangan Tunai Rahmah anda.
- ID Pengguna : No MyKad anda.
- Kata Laluan Sementara : Semak e-Mail anda.
- Sila login Portal MySTR menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruangan tersebut.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Paparan seterusnya menunjukkan [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] seperti yang telah diciptakan.
- Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Terus klik butang [Semakan Permohonan].
- Status permohonan akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN CARA PEMBAYARAN STR
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah akan dibayar mengikut kaedah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KAEDAH PENGKREDITAN |
|---|---|
| Penerima mempunyai akaun bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
KADAR BAYARAN STR 2026
Berikut merupakan kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut status penerima bagi sepanjang tahun 2026:
- Kategori Isi Rumah :
| KATEGORI STR 2026 | KADAR BANTUAN |
|---|---|
ISI RUMAH B40 : | Tiada Anak : RM 700 1 hingga 2 Anak : RM 1,200 3 hingga 5 Anak : RM 1,700 5 Anak dan Ke atas: RM 2,200 |
| ISI RUMAH M40 : | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM 450 3 hingga 5 Anak : RM 700 5 Anak dan Ke atas: RM 950 |
- Warga Emas :
| KATEGORI STR | KADAR STR |
|---|---|
| WARGA EMAS (Tiada pasangan) | RM600 |
- Kategori Bujang :
| KADAR STR |
|---|
| Pembayaran melalui kaedah SARA |
JADUAL BAYARAN STR 2026
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara berfasa mengikut jadual berikut:
| PELAKSANAAN FASA | TARIKH BAYARAN STR |
|---|---|
| Fasa 1 | Januari 2026 |
| Fasa 2 | – |
| Fasa 3 | – |
| Fasa 4 | – |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sangat sarankan kepada anda untuk kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.