SEMAKAN STATUS BANTUAN AIDILFITRI 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (DUIT RAYA RM300)
Persiapan untuk menyambut hari perayaan Aidilfitri kini pastinya hampir selesai kerana berbaki beberapa hari lagi untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu, Bantuan Aidilfitri akan disalurkan kepada yang layak.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Aidilfitri? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK STATUS STR FASA 2 : CEK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
KADAR BAYARAN BANTUAN AIDILFITRI 2025
Bantuan Aidilfitri yang dibayar kepada setiap penerima yang layak adalah berjumlah sebanyak RM300 sekaligus. Dengan adanya Bantuan Aidilfitri ini dapat sedikit sebanyak membantu menampung kos perbelanjaan untuk persiapan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.
KELAYAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN AIDILFITRI 2025
Pemberian Bantuan Aidilfitri RM300 adalah khas kepada yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Ketua Isi Rumah (KIR) – Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500, termasuk gaji pokok dan semua elaun tetap;
- Rakyat Terengganu;
- Menetap dan Beralamat di Negeri Terengganu;
- Pengundi berdaftar di Terengganu;
- Berdaftar dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU).
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AIDILFITRI 2025
Berikut merupakan kategori yang layak dan tidak layak untuk menerima Bantuan Aidilfitri RM300 :
- Peniaga Berlesen : Peniaga berlesen tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dan disahkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
- Penjawat Awam : Semua penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan tidak layak memohon.
- Pemohon Tanpa Slip Gaji : Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.
SEMAKAN STATUS BANTUAN AIDILFITRI 2025
Untuk mengetahui status sebagai penerima Bantuan Aidilfitri, ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Bantuan di i-Bantuan Terengganu : https://ibantuan.terengganu.gov.my/
- Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang telah didaftar untuk Log Masuk Sistem.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status] dan [Maklumat Status Penerima] akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Aidilfitri (Terengganu), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://ibantuan.terengganu.gov.my/.
Saya dpt ka bantuan raya