SARA 2026 SEMAKAN BAYARAN : JADUAL & TARIKH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak pada tarikh bayaran yang ditetapkan dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing
Artikel ini menyediakan panduan lengkap untuk SARA 2026 semakan bayaran, jadual dan tarikh pengkreditan bulanan, kadar bantuan mengikut kategori, serta cara semakan status kelayakan online.
Bagaimanakah cara semakan tarikh dan jadual bayaran sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
JADUAL & TARIKH BAYARAN SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan setiap bulan (selama 12 bulan) seperti berikut :
| TEMPOH BAYARAN | BULAN BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|---|
| Setiap Bulan (12 Bulan) | Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember | 09/01/2026 01/02/2026 01/03/2026 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 |
SYARAT PENERIMA BAYARAN SARA 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|
| Warganegara Malaysia; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
KADAR BAYARAN SARA 2026
Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sepanjang tahun 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
SEMAKAN STATUS & BAKI BAYARAN SARA
Status Kelayakan Penerima Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki dan Jumlah Bantuan (RM) | 100.00 |
CARA GUNA ELAUN SARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima yang layak secara tanpa tunai (cashless) seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Secara Tanpa Tunai (cashless) | MyKad (Kad Pengenalan) |
Elaun bulanan bantuan SARA boleh digunakan oleh penerima untuk membeli / menebus barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai atau pasar raya berdaftar mengikut amaun yang disalurkan melalui MyKad seperti berikut :
- Pilih Barangan Yang Memenuhi 15 Kategori
- Periksa label di rak pasar raya dan pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi Ke Kaunter Khusus MyKasih / SARA
- Di pasar raya besar seperti Lotus’s dan Mydin, terdapat kaunter berlabel khas. Maklumkan kepada juruwang bertugas bahawa anda ingin membuat bayaran menggunakan MyKad.
- Serahkan MyKad & Imbas Kod Barangan
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih, seterusnya mengimbas semua barangan belian anda satu persatu.
- Dapatkan Resit Rasmi & Periksa Baki Terkini
- Juruwang menyerahkan resit pembelian. Di bahagian bawah resit tersebut, tertera jumlah potongan bantuan dan baki tunai yang masih tinggal dalam kad pengenalan anda.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf