CHECK BAKI SARA 2026 ONLINE : CARA SEMAK BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH
Baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk sepanjang tahun, sebelum tarikh akhir program untuk menebus dan berbelanja barangan keperluan asas yang diluluskan.
Artikel ini menyediakan panduan lengkap mengenai cara semak bayaran Bantuan Asas Rahmah, jadual pengkreditan bulanan, serta kaedah menyemak baki terkini di dalam MyKad
Bagaimanakah cara check baki sara 2026 online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH MASUK STR FASA 4 2026
PROGRAM SARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| TEMPOH BAYARAN | KAEDAH BAYARAN | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|---|
| Setiap Bulan (12 Bulan) | Secara Tanpa Tunai (cashless) | MyKad (Kad Pengenalan) |
Info : Kredit bantuan SARA boleh digunakan oleh penerima untuk membeli / menebus barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai atau pasar raya berdaftar mengikut amaun yang disalurkan melalui MyKad.
SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|
| Warganegara Malaysia; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
KADAR BAYARAN SARA 2026
Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
CHECK BAKI SARA 2026 ONLINE
Baki Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
BARANGAN ASAS YANG BOLEH BELI GUNA BAKI SARA
Berikut merupakan kategori barangan asas yang dibenarkan menggunakan SARA dalam MyKad :
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak Masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Bahan perasa
- Produk Kebersihan Rumah
- Produk Kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan Sekolah
- Makanan Sejuk Beku (Frozen)
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026