SEMAKAN MYKASIH 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN MYKASIH 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Golongan yang berpendapatan rendah dan kurang kemampuan akan menerima bayaran Bantuan SARA di bawah MyKasih setiap bulan sehingga ke penghujung Disember 2025 supaya dengan adanya bantuan ini dapat meringankan bebanan yang dihadapi rakyat.

Bagaimanakah semakan MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAK : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

PENGENALAN MYKASIH 2025

Yayasan MyKasih ialah sebuah pertubuhan NGO dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar yang memerlukan yang ditubuhkan pada 2009 yang menyalurkan bantuan kepada penerima sasaran secara tanpa tunai.

Bantuan SARA disalurkan di bawah MyKasih melalui kad pengenalan (MyKad) atau kad pintar, yang membolehkan bantuan diagihkan dengan cara yang cekap, telus dan selamat, tanpa sebarang ketirisan.

PANDUAN SEMAKAN MYKASIH 2025 DI PORTAL

Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

PANDUAN SEMAKAN MYKASIH 2025 DI APLIKASI

Berikut merupakan panduan semakan di Aplikasi :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

AMAUN MYKASIH 2025

Antara amaun yang akan disalurkan adalah sebanyak berikut :

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM2,100 setahun (RM100 & RM200 sebulan).
    • Warga Emas : RM1,650 setahun (RM100 & RM150 sebulan).
    • Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan).
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM900 setahun (RM100 sebulan).
    • Warga Emas : RM450 setahun (RM50 sebulan).

JADUAL BAYARAN MYKASIH 2025

Pembayaran Bantuan SARA MyKasih adalah dijadualkan seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMABAYARAN
FASA PERTAMA (1)
BAYARAN
FASA KEDUA (2)
Penerima Miskin
dan Miskin Tegar
15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1April 2025
1Mei 2025
1Jun 2025
1Julai 2025
1 Ogos 2025
1September 2025
1 Oktober 2025
1November 2025
1Disember 2025
Penerima Asas
Bukan Miskin
1 April 2025
1 Mei 2025
1Jun 2025
1Julai 2025
1 Ogos 2025
1September 2025
1 Oktober 2025
1November 2025
1Disember 2025

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

1 thought on “SEMAKAN MYKASIH 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA”

Leave a Comment