SEMAKAN KELAYAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

SEMAKAN KELAYAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bukanlah sesuatu yang baharu kerana ianya bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan untuk membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40 dan M40) untuk menampung kos sara hidup yang mungkin membebankan rakyat.

Bagaimanakah semakan kelayakan STR 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SARA 2026 MALAYSIA : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH

JUMLAH BAYARAN STR 2026

Berikut adalah jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 kepada setiap kategori penerima :

  • Isi Rumah :
BIL. ANAKISI RUMAH B40ISI RUMAH M40
TiadaRM700RM200
1 – 2 orangRM1,200RM450
3 – 4 orangRM1,700RM700
5 orang ke atasRM2,200RM950
  • Warga Emas (Tiada Pasangan) :
BIL. ANAKJUMLAH BAYARAN STR
TiadaRM600
  • Bujang / Balu / Duda / Janda:
BIL. ANAKJUMLAH BAYARAN STR
TiadaRM0
Untuk golongan bujang, Bantuan STR digantikan dengan bayaran Bantuan SARA sebanyak RM600.

JADUAL BAYARAN STR 2026

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara berperingkat melalui empat (4) fasa seperti berikut :

PERINGKAT
PELAKSANAAN
TARIKH BAYARAN
Fasa 1Januari 2026
Fasa 2Mac 2026
Fasa 3Ogos 2026
Fasa 4Oktober 2026
*Bagaimanapun, tarikh bayaran masih belum diumumkan secara rasmi.

SYARAT KELAYAKAN STR 2026

Hanya individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut sahaja layak terima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada had umur;
    • Berkahwin (ada atau tiada anak);
    • Balu / Bercerai (ada anak);
    • Pendapatan bawah RM2,500 (B40) atau pendapatan sehingga RM5,000 (M40).
  • Kategori Warga Emas :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang melepasi syarat);
    • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Kategori Bujang :
    • Warganegara Malaysia;
    • Had umur 21 hingga 59 tahun;
    • Bujang / balu / duda / janda (tiada anak);
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
    • Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.

SEMAKAN KELAYAKAN STR 2026

Untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026, sila ikuti cara semakan kelayakan yang lengkap di bawah :

  1. Pergi ke Portal MySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama MySTR akan dipaparkan.
  3. Terus klik butang [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  5. Klik pula butang [Semak].
  6. Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan Kata Laluan yang betul.
  9. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  10. Log Masuk berjaya, Dashboard MySTR akan dipaparkan.
  11. Klik pada butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  13. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026

  • Bilakah boleh mula mohon Bantuan STR 2026?
    • Permohonan Bantuan STR untuk tahun 2026 telah dibuka bermula 13 Oktober 2025.
  • Adakah semua rakyat Malaysia boleh memohon Bantuan STR 2026?
    • Hanya rakyat Malaysia yang berpendapatan bawah RM5,000 serta memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja layak memohon.
  • Adakah Bantuan STR 2026 dibayar secara ansur berperingkat?
    • Ya, Bantua STR 2026 dibayar secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa.
  • Bolehkah penerima yang mempunyai akaun bank, mengambil bayaran STR secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional?
    • Penerima yang mempunyai akaun bank perlu menunggu bayaran STR masuk.
  • Bilakah bayaran Bantuan STR Fasa 1 2026 dimasukkan?
    • Bayaran Bantuan STR Fasa 1 biasanya dimasukkan pada bulan Januari dan Februari. Namun, tarikh bayaran untuk tahun 2026 masih belum diketahui.

INFO LANJUT STR

Untuk memudahkan carian orang ramai, kami kongsikan cara semakan kelayakan Bantuan STR 2026 yang dirujuk berdasarkan sumber yang sahih daripada Portal MySTR. Untuk info yang lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment