SEMAKAN KELAYAKAN STR : (BANTUAN 2026) SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

SEMAKAN KELAYAKAN STR : (BANTUAN 2026) SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Peruntukan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dipertingkatkan untuk manfaat 9 juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah B40 dan pendapatan sederhana M40 dan seramai hampir 8.8 juta rakyat telah disahkan layak.

Bagaimanakah cara semakan kelayakan STR? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : LESEN MEMANDU FREE 2026 : CARA REGISTER PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA (PANDUAN LENGKAP)

KAEDAH BAYARAN STR

Dua (2) kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikekalkan untuk tahun 2026 bagi memudahkan penerima yang ada akaun bank dan yang tiada akaun bank dapat menerima bayaran dengan mudah.

Berikut merupakan dua (2) kaedah bayaran STR :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN STR
Ada akaun bankDibayar melalui sistem ‘IBG Fund Transfer
terus ke dalam akaun bank penerima
Tiada akaun bankDibayar tunai melalui kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)

SYARAT KELAYAKAN STR

Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diluluskan adalah berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi setiap kategori seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
SYARATKELAYAKAN B40KELAYAKAN M40
Warga
negara
MalaysiaMalaysia
UmurTiada hadTiada had
Status
Perkahwinan
Berkahwin
(ada anak / tiada)
atau
Ibu/bapa tunggal
(ada anak)
Berkahwin
(ada anak / tiada)
atau
Ibu/bapa tunggal
(ada anak)
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500RM2,501 –
RM5,000
  • KATEGORI BUJANG :
SYARATBUJANG B40BUJANG M40
Warga
negara
MalaysiaMalaysia
Umur21 – 59 tahun60 tahun ke atas
(Warga emas)
Status
Perkahwinan
Bujang / Balu /
Duda / Janda
(tiada anak)
Bujang / Balu /
Duda / Janda
(tiada anak)
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500Bawah RM5,000

JUMLAH BANTUAN STR

Bagi tahun 2026, Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar bersama Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan jumlah sebanyak berikut :

  • ISI RUMAH B40 :
BIL.
TANGGUNGAN
JUMLAH BANTUAN
STR
JUMLAH BANTUAN
SARA
TiadaRM700RM1,200
atau
RM2,400 (eKasih)
1 – 2 orangRM1,200RM1,200
atau
RM2,400 (eKasih)
3 – 4 orangRM1,700RM1,200
atau
RM2,400 (eKasih)
5 orang ke atasRM2,200RM1,200
atau
RM2,400 (eKasih)
  • ISI RUMAH M40 :
BIL.
TANGGUNGAN
JUMLAH BANTUAN
STR
JUMLAH BANTUAN
SARA
TiadaRM200RM1,200
1 – 2 orangRM450RM1,200
3 – 4 orangRM700RM1,200
5 orang ke atasRM950RM1,200
  • BUJANG B40 :
BIL.
TANGGUNGAN
JUMLAH BANTUAN
STR
JUMLAH BANTUAN
SARA
TiadaRM0RM600
atau
RM1,200 (eKasih)
  • BUJANG (WARGA EMAS) :
BIL.
TANGGUNGAN
JUMLAH BANTUAN
STR
JUMLAH BANTUAN
SARA
TiadaRM600RM600
atau
RM1,800 (eKasih)

SEMAKAN KELAYAKAN STR

Bagaimanapun, status kelayakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh disemak secara online melalui laman web seperti panduan di bawah :

  1. Layari laman web Sumbangan Tunai Rahmah (STR) rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama Sumbangan Tunai Rahmah.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa jarak.
  5. Klik butang [Semak].
  6. ‘Kata Kunci Keselamatan’ anda akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika betul.
  8. Masukkan Kata Laluan anda yang betul.
  9. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  10. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan status, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan anda sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT STR

Artikel ini ditulis berdasarkan maklumat sahih daripada Portal STR dan dikongsikan untuk mudahkan carian orang ramai. Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan sila buat rujukan lanjut di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment