HARGA TIKET MASUK PETROSAINS (TERKINI 2024)

HARGA TIKET MASUK PETROSAINS (TERKINI 2024)

Cuti persekolahan kembali tidak lama lagi. Ibu bapa pasti ingin membawa anak-anak bercuti tetapi tidak tahu hendak ke mana? Destinasi Petrosains menjadi satu pilihan destinasi percutian sambil belajar dalam kalangan ibu bapa. Petrosains dapat memberi pengalaman interaktif yang menyeronokkan, tetapi juga menggabungkan pembelajaran dalam bidang sains dan teknologi kepada semua peringkat umur.

Berapakah harga tiket masuk petrosains sekarang? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR (FASA 3 2024)

WAKTU MASUK PETROSAINS

Petrosains dibuka setiap hari bermula 9.30 pagi sehingga 5.30 petang. Waktu masuk terakhir adalah pada pukul 4 petang.

Pada hujung minggu, atau cuti umum/cuti sekolah, ia dibuka bermula 9.30 pagi sehingga 6.30 petang. Waktu masuk terakhir adalah pada pukul 5 petang.

TARIKAN DI PETROSAINS

Petrosains mempunyai beberapa tarikan utama yang menarik, seperti:

  • The Dark Ride
  • Platform Minyak (The Oil Platform)
  • Petrosains DinoTrek
  • MakerStudio
  • Main Labs
  • Petrojaya
  • Space Exhibit

HARGA TIKET MASUK PETROSAINS

Harga tiket adalah mengikut kategori. Berikut merupakan harga tiket yang terkini iaitu:

WARGANEGARA (HARI BEKERJA)

  • Bayi : Percuma
  • Kanak-kanak (3-12 tahun) : RM 10
  • Dewasa (13-60 tahun) : RM 22
  • Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM 10

WARGANEGARA (CUTI MINGGU/CUTI SEKOLAH/CUTI UMUM)

  • Bayi : Percuma
  • Kanak-kanak (3-12 tahun) : RM 12
  • Dewasa (13-60 tahun) : RM 25
  • Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM 12

BUKAN WARGANEGARA (HARI BEKERJA)

  • Bayi : Percuma
  • Kanak-kanak (3-12 tahun) : RM 20
  • Dewasa (13-60 tahun) : RM 35
  • Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM 20

BUKAN WARGANEGARA (CUTI MINGGU/CUTI SEKOLAH/CUTI UMUM)

  • Bayi : Percuma
  • Kanak-kanak (3-12 tahun) : RM 25
  • Dewasa (13-60 tahun) : RM 40
  • Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM 25

CARA BELI TIKET MASUK PETROSAINS

Pembelian tiket ini boleh dibuat secara dalam talian atau di kaunter Petrosains. Pembelian secara online dapat menjimatkan masa pelancong dan mengelakkan kesesakan semasa lawatan.

Berikut adalah laman web untuk membeli tiket online:

Pembelian tiket secara online dapat menjimatkan duit kerana tawaran promosi sentiasa disediakan.

RUJUKAN

Sebarang maklumat mengenai Petrosains, boleh dapatkan di:

Leave a Comment