SEMAKAN BTR FASA 1 (2025 CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)
Fasa pertama (1) penyaluran Bantuan Tunai Rahmah (BTR) bakal dilaksanakan pada awal tahun 2025 disasarkan kepada penerima sedia ada yang disahkan ‘layak’ dan juga penerima baharu serta penerima rayuan yang disahkan ‘layak’.
Bagaimanakah semak BTR fasa 1 layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI BTR : (FASA 1) CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
SEMAKAN BTR FASA 1
Untuk mengetahui status kelayakan ‘Layak’ atau ‘Tidak’ menerima Bantuan BTR fasa pertama (1), ikuti panduan semakan berikut :
- Sila layari laman rasmi BTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR BAYARAN BTR FASA 1
Pembayaran Bantuan BTR pada tahun 2025 adalah mengikut kadar seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR BAYARAN BTR |
---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | KADAR BAYARAN BTR |
---|---|
Bujang Belia | RM600 |
Bujang Warga Emas | RM600 |
KAEDAH BAYARAN BTR FASA 1
Bantuan BTR fasa pertama (1) akan dibayar mengikut kaedah seperti berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Penerima Status ‘Gagal Kredit’ :
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.
Memerlukan
Terima