SEMAKAN BAYARAN PENERIMA LULUS SARA ONE OFF RM300/RM150 2024

SEMAKAN BAYARAN PENERIMA LULUS SARA ONE OFF RM300/RM150 2024

Untuk pengetahuan umum, kerajaan akan mula melaksanakan pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula pada 9 Disember 2024, Isnin ini.

Walaupun penerima bayaran Bantuan SARA yang berstatus LULUS adalah dianggarkan seramai 8.7 juta, namun hanya 8.0 juta sahaja yang terpilih LULUS untuk menerima bayaran Bantuan SARA secara one off.

Bagaimanakah semakan bayaran penerima lulus SARA one off? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN SARA ONE OFF TU APA (BAYARAN RM300/RM150)

SEMAKAN BAYARAN PENERIMA LULUS SARA ONE OFF

Untuk mengetahui status kelulusan sebagai penerima Bantuan SARA secara one off, ikuti panduan cara semakan di pautan rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus RM300‘ atau ‘Lulus RM150’.
  12. Selesai.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA LULUS SARA ONE OFF

Berikut merupakan kriteri kelayakan untuk penerima LULUS Bantuan SARA secara one off :

  • Warganegara Malasyia;
  • LULUS permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 (Kategori Isi Rumah / Warga Emas / Bujang);
  • BUKAN penerima SARA secara ansur setiap bulan / ansur dua kali setahun;
  • TIADA dalam rekod data e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.

JUMLAH BAYARAN PENERIMA LULUS SARA ONE OFF

Pelaksanaan bayaran Bantuan SARA secara one off akan melibatkan implikasi kewangan mengikut jumlah penerima bayaran yang LULUS :

KATEGORI
KELAYAKAN
JUMLAH
PENERIMA
LULUS
KADAR
BANTUAN
IMPLIKASI
KEWANGAN
ISI RUMAH3.4 juta penerimaRM300RM1.0 billion
BUJANG4.5 juta penerimaRM150RM0.7 billion

JADUAL BAYARAN SARA ONE OFF

Bantuan SARA one off akan dibayar bermula 9 Disember 2024, Isnin kepada penerima di kaunter Bank Simpanan Nasional bagi yang tiada akaun bank dan akan dibayar secara berperingkat melalui akaun bank penerima seperti jadual berikut :

BIL.NAMA BANKMASA
BAYARAN
1.Bank Simpanan
Nasional (BSN)
Selepas 6 petang
2.Bank IslamSelepas 8 malam
3.Affin BankSelepas 8 malam
4.AmbankSelepas 8 malam
5.MaybankSelepas 9 malam
6.Cimb BankSelepas 9 malam
7.RHB BankSelepas 9 malam
8.Bank MuamalatSelepas 10 malam
9.Lain-lainSelepas 10 malam
*Pembayaran ke dalam akaun bank penerima akan mengambil masa tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja daripada tarikh tersebut.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak untuk rujukan lanjut di bawah dan anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat.

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

Leave a Comment