SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan setiap bulan kepada golongan sasar yang layak secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) khusus untuk menikmati barangan asas yang diluluskan bagi memenuhi keperluan harian.
Bagaimanakah semakan bayaran bantuan sara dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: STR FASA 3 2026 : SEMAK KELAYAKAN & PERMOHONAN
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
JADUAL BAYARAN BANTUAN SARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :
| TARIKH BAYARAN | KATEGORI PENERIMA |
|---|---|
| 9 Januari 2026 | Isi Rumah & Warga Emas Tanpa Pasangan |
| 16 Januari 2026 | Bujang |
| 1 Februari 2026 | Semua Kategori |
| 1 Mac 2026 | Semua Kategori |
| 1 April 2026 | Semua Kategori |
| 1 Mei 2026 | Semua Kategori |
| 1 Jun 2026 | Semua Kategori |
| 1 Julai 2026 | Semua Kategori |
| 1 Ogos 2026 | Semua Kategori |
| 1 September 2026 | Semua Kategori |
| 1 Oktober 2026 | Semua Kategori |
| 1 November 2026 | Semua Kategori |
| 1 Disember 2026 | Semua Kategori |
TARIKH AKHIR GUNA DUIT BANTUAN SARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) SAH digunakan dalam tempoh berikut :
| TEMPOH BANTUAN | TARIKH AKHIR/UPUT |
|---|---|
| 12 Bulan | 31 Disember 2026 |
CARA SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SARA
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Portal SARA; dan
- Portal MySTR
Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Kemudian klik pada (Status Kelayakan SARA).
- Status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026