SEMAKAN BANTUAN STR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

SEMAKAN BANTUAN STR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 1 telah dibuka bermula 13 Oktober 2025 dan penerima sedia ada yang telah menerima bayaran tahun 2025 boleh mengetahui status kelayakan untuk tahun 2026 secara online.

Bagaimanakah semakan Bantuan STR 2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : MAYBANK STR FASA 4 : BILA MASUK?

SYARAT PENERIMA BANTUAN STR 2026

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan STR bagi tahun 2026 mengikut kategori penerima :

  • Isi Rumah :
SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
UmurTiada had umur
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500 (B40)
RM2,501 – RM5,000 (M40)
Status
Perkahwinan
Berkahwin (ada / tiada anak)
atau
Bercerai (ada anak)
  • Warga Emas :
SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Umur60 tahun ke atas
Kadar
Pendapatan
Bawah RM5,000
Status
Perkahwinan
Tiada pasangan /
balu / duda / janda
  • Bujang :
SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Umur21 hingga 59
tahun
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500
Status
Perkahwinan
Belum berkahwin /
balu / duda / janda
(tiada anak)
Status
Pendidikan
Bukan pelajar
sepenuh masa

JUMLAH BANTUAN STR 2026

Pembayaran Bantuan STR bagi tahun 2026 adalah bermula RM200 sehingga RM2,200. Namun, setiap kategori akan menerima jumlah yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH
BANTUAN STR
Isi Rumah B400 anak : RM700.
1 – 2 : RM1,200.
3 – 4 : RM1,700.
5 ke atas : RM2,200.
Isi Rumah M400 anak : RM200.
1 – 2 : RM450.
3 – 4 : RM700.
5 ke atas : RM950.
Warga EmasRM600
Bujang

JUMLAH TAMBAHAN STR 2026

Selain itu juga, bantuan tambahan kepada penerima STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga dibayar mengikut jumlah seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH
TAMBAHAN STR
Isi Rumah Miskin
(B40 & daftar eKasih)
RM2,400
Isi Rumah Asas
(B40 & M40)
RM1,200
Warga EmasRM600
BujangRM600

DAFTAR AKAUN BAHARU STR 2026

Sebelum membuat semakan status, penerima sedia ada perlu mendaftar akaun STR yang baharu seperti berikut :

  1. Pergi ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
  3. ⁠Tekan butang [LOG MASUK].
  4. ⁠Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. ⁠Klik butang [Semak].
    • Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan.
  6. ⁠Sila klik butang [Daftar Pengguna Baharu].
  7. Isi No Kad Pengenalan anda.
  8. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  9. Kemudian, tekan [Hantar Emel Pengesahan].
    • Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  10. ⁠Klik [Sahkan Akaun Saya].
  11. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  12. ⁠Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
    • *⁠Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
    • *Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  13. ⁠Tekan butang [Seterusnya].
    • Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  14. ⁠Kemudian, klik [Daftar Akaun].
  15. ⁠Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  16. ⁠Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  17. ⁠Selesai.

SEMAKAN BANTUAN STR 2026

Setelah itu, status kelayakan boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini:https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Tekan [Semak].
  5. Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang [Semak].
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang [Log Masuk].
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
  11. Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN LANJUT STR 2026

Pihak kami menulis artikel ini berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Untuk rujukan lebih lanjut, sila hubungi atau emelkan ke talian di bawah berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment