PADANS SABAH 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH

PADANS SABAH 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH

Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) terus komited membantu golongan berpendapatan rendah melalui pengenalan PADANS Sabah 2026 dan portal rasmi SYUKUR Sabah 2026.

Inisiatif utama di bawah pangkalan data ini ialah Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR / SYUKUR Sabah), yang memberi bantuan kewangan tunai dan kredit berfasa sehingga RM2,400 setahun (RM200 sebulan) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak.

Bagi anda yang ingin mengetahui status kelayakan, amaun bayaran mengikut fasa, serta cara pendaftaran akaun baharu, berikut adalah panduan lengkap menyemak maklumat PADANS Sabah 2026 secara rasmi.

Baca juga: MY KASIH 2026 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

APA ITU SISTEM PADANS SABAH & BANTUAN SYUKUR?

Untuk mengelakkan kekeliruan, Kerajaan Negeri Sabah membahagikan peranan dua sistem utama ini :

  • PADANS Sabah (padans.sabah.gov.my) : Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah yang digunakan untuk pendaftaran profil pengguna, permohonan baharu bantuan negeri, dan kemas kini maklumat isi rumah.
  • SYUKUR Sabah (syukur.sabah.gov.my) : Portal khas semakan status kelayakan dan rekod pembayaran bagi Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) 2026.

PENGENALAN PADANS SABAH

Bantuan PADANS Sabah dilaksanakan seperti berikut :

Nama ProgramProgram Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR)
Jumlah BantuanRM200 (sebulan)
Cara PelaksanaanSecara Berfasa (4 Fasa)
KelayakanKetua Isi Rumah (KIR) tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS)

Tujuan utama pelaksanaan Bantuan PADANS Sabah adalah untuk :

  • Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
  • Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.

SYARAT KELAYAKAN PADANS SABAH 2026

Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

SYARATKELAYAKAN
KewarganegaraanWarganegara Malaysia
Had UmurBerumur 18 tahun ke atas
Status PenempatanBeralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun
Negeri KelahiranKelahiran Sabah; atau

Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah)
Kategori Penerima Ketua Isi Rumah (KIR)
Kadar PendapatanPendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa
Status eKasihTersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS)

AMAUN & JADUAL PEMBAYARAN SYUKUR SABAH

Penerima yang sah akan menerima bayaran sebanyak RM200 sebulan, yang diagihkan sebanyak 4 kali setahun (RM600 bagi setiap fasa) :

FASA PEMBAYARANTEMPOH BULANAMAUN BAYARAN
Fasa 1Januari
Februari
Mac
RM600
Fasa 2April
Mei
Jun
RM600
Fasa 3Julai
Ogos
September
RM600
Fasa 4Oktober
November
Disember
RM600

SEMAKAN STATUS PADANS SABAH 2026 ONLINE

Untuk membuat semakan status kelayakan penerima bayaran PADANS Sabah, sila ikuti langkah-langkah mudah di bawah :

PORTAL SEMAKANPAUTAn
Portal PADANShttps://padans.sabah.gov.my/
  1. Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
  5. Klik pada butang [Teruskan].
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

CARA PENGKREDITAN PADANS SABAH

Pengkreditan duit bantuan PADANS sabah kepada penerima adalah seperti berikut :

JENIS PENERIMAMEDIUM BAYARAN
Mempunyai akaun bankDikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima
Tiada AkaunBank Bayaran secara tunai di bank atau Pusat Agihan yang ditetapkan

MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN RASMI

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) atau SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada sumber rasmi PADANS Sabah, serta kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan PADANS Sabah.Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.

Leave a Comment