CARA SEMAK MYKASIH ONLINE 2026 : PANDUAN LENGKAP

CARA SEMAK MYKASIH ONLINE 2026 : PANDUAN LENGKAP

Kerajaan Malaysia meneruskan penyaluran bantuan SARA menerusi sistem MyKasih bagi membantu golongan B40 dan miskin tegar membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).

Ingin tahu status kelayakan dan baki elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)? Proses cara semak MyKasih online kini boleh dilakukan dengan sangat pantas dan mudah hanya dengan menggunakan nombor kad pengenalan anda.

Bagi memastikan anda tidak terlepas bayaran setiap bulan, ikuti panduan lengkap cara semak status dan baki MyKasih secara dalam talian di bawah.

Baca juga: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR FASA 3 2026

PORTAL RASMI SEMAK MYKASIH ONLINE

Semakan status kelayakan boleh dibuat menerusi dua portal rasmi berikut :

NAMA PORTALPAUTAN RASMIFUNGSI UTAMA
Portal SARA (MyKasih)https://sara.gov.my/Semakan status kelayakan & baki elaun bulanan
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.mySemakan kelayakan kelulusan permohonan STR & SARA

MANFAAT SEMAK STATUS MYKASIH

Melakukan semakan secara berkala memberikan pelbagai kelebihan kepada penerima, antaranya :

  • Mengesahkan Kelayakan : Memastikan nama anda tersenarai sebagai penerima SARA 2026.
  • Semak Baki Semasa : Mengetahui jumlah elaun terkumpul yang masih boleh digunakan untuk membeli barangan asas.
  • Menyemak Tarikh Luput : Untuk dengan mengetahui tempoh sah guna kredit bulanan bagi mengelakkan baki elaun luput tanpa digunakan.
  • Jadual Bayaran Bulanan : Memantau kemasukan kredit baharu pada setiap awal bulan.

JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2026

Kredit bulanan disalurkan ke dalam MyKad penerima mengikut kategori kelayakan berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan

(Total : RM2,400 Setahun)
RM100 Setiap Bulan

(Total : RM1,200 Setahun)
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan

(Total : RM1,800 Setahun)
RM50 Setiap Bulan

(Total : RM600 Setahun)
BujangRM100 Setiap Bulan

(Total : RM1,200 Setahun)
RM50 Setiap Bulan

(Total : RM600 Setahun)

CARA SEMAK MYKASIH ONLINE

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  • Portal SARA; dan
  • Portal MySTR

Semak Status MyKasih menerusi Portal SARA :

  • Layari Portal Rasmi SARA di https://sara.gov.my/
  • Di halaman utama, klik pada butang Semak Kelayakan.
  • Anda akan dihalakan ke Sistem Semakan Status MyKasih (⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus).
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda tanpa tanda sempang (-) (Contoh : 850101105555).
  • Klik butang Semakan Status.
  • Skrin akan memaparkan butiran lengkap seperti :
    • Status Kelayakan : (Layak / Tidak Layak)
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Tempoh Program : 09/01/2026 hingga 31/12/2026
    • Baki Kredit Semasa (RM) : (Contoh : RM100.00)

Semak Status MyKasih menerusi Portal MySTR :

  1. Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Klik Semak Permohonan STR.
  11. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  12. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK MYKASIH ONLINE

  • Bagaimanakah cara guna baki MyKasih di pasar raya?
    • Penerima hanya perlu membawa MyKad ke kedai atau pasar raya panel MyKasih (seperti Mydin, Econsave, Lotus’s), pilih barangan keperluan yang ada label MyKasih, dan tunjukkan MyKad di kaunter pembayaran.
  • Adakah baki MyKasih yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan hadapan?
    • Ya, baki kredit yang tidak dihabiskan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan sehingga tarikh luput program pada 31 Disember 2026.
  • Apa perlu dibuat jika status menunjukkan “Tidak Layak”?
    • Jika anda memenuhi syarat kelayakan tetapi status tidak layak, anda boleh membuat permohonan rayuan atau kemaskini maklumat di portal rasmi STR semasa tempoh rayuan dibuka.

MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada sumber rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Portal Rasmi SARA, serta kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan Cara Semak MyKasih Online. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.

Leave a Comment