SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM500 2025 : CHECK STATUS PENERIMA

SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM500 2025 : CHECK STATUS PENERIMA

Program-program pembasmian kemiskinan adalah diambil daripada pengkalan data e-Kasih termasuk juga Bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan kepada hampir 60 peratus (%) rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi membantu meringankan bebanan sara hidup rakyat.

Bagaimanakah semakan status bantuan e-kasih rm500? Ikuti panduan semakan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA 2024 SEMAKAN PENERIMA : ONE OFF (RM300 & RM150)

HAD PENYALURAN BANTUAN EKASIH RM500 2025

Penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah kepada penerima yang berdaftar di bawah e-Kasih adalah bernilai antara RM600 sehingga RM2,100. Manakala, penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah kepada penerima yang tidak berdaftar dengan e-Kasih pula adalah antara RM450 sehingga RM900 setahun.

  • KELAYAKAN PENERIMA :
    • Penerima berdaftar dengan e-Kasih :
      • Isi Rumah : RM2,100.
      • Warga Emas : RM1,650.
      • Bujang : RM600.
    • Penerima tidak berdaftar dengan e-Kasih :
      • Isi Rumah : RM900.
      • Warga Emas : RM450.
      • Bujang : –

TARIKH BANTUAN EKASIH 2025 DISALURKAN

Bantuan yang disalurkan kepada penerima yang berdaftar dengan e-Kasih dan juga tidak berdaftar dengan e-Kasih adalah pada tarikh-tarikh berikut :

  • Penerima yang berdaftar dengan e-Kasih :
    • 15 Januari 2025 hingga Disember 2025.
  • Penerima yang tidak berdaftar dengan e-Kasih :
    • April hingga Disember 2025.

SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM500 2025

Untuk mengetahui status sebagai penerima SARA bukan e-Kasih, ikuti panduan semakan di dua (2) pautan yang berbeza seperti bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

*Jika dipaparkan ‘Tiada maklumat pemohon’, individu boleh membuat semakan di pautan MySTR seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
  10. Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2025.
  11. Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
  12. Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM200 atau RM100 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment