SEMAK STATUS PLKN 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK STATUS PLKN 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Demi melahirkan generasi masa hadapan yang berkeyakinan tinggi, sentiasa menunjukkan semangat perpaduan, kesukarelawan dan patriotisme, pihak Kementerian Pertahanan telah bersetuju untuk meneruskan lagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan modul latihan yang diperbaharui.

Bagaimanakah cara semak status PLKN 2026? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BAYARAN SARA APRIL 2026 – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA DALAM IC

SEMAK SYARAT KELAYAKAN PLKN 2026

Antara syarat kelayakan penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2026 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Calon berusia tidak kurang dari 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pendaftaran;
  • Kelahiran tahun 2008;
  • Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
  • Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.

Untuk makluman, tidak semua individu dalam kumpulan umur tertentu akan dipanggil untuk menyertai PLKN 3.0 kerana pemilihan dilakukan secara rawak (sistem berkomputer) atau berdasarkan kriteria tertentu.

SEMAK STATUS PLKN 2026

Untuk mengetahui status kelayakan ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2026, boleh disemak menerusi kaedah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
  2. Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
  4. Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
  5. Kemudian, Klik [Semak]
  6. Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
  7. Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
  8. Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
  9. Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
  10. Selesai.

Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 3 April 2026 (Sabtu) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.aparkan.

    JADUAL LATIHAN PLKN 2026

    Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi tahun 2026 adalah dijadualkan berperingkat selama empat (4) siri seperti berikut :

    • Latihan PLKN Siri Pertama :
    TARIKH LATIHANLOKASI PENEMPATAN
    17 Januari 2026 sehingga 2 Mac 2026
    (45 hari)
    Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW), Kuala Lumpur;
    Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (AW), Pekan Pahang;
    • Latihan PLKN Siri Kedua :
    TARIKH LATIHANLOKASI PENEMPATAN
    25 April 2026 sehingga 08 Jun 2026
    (45 hari)
    Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur;
    Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang;
    dan Kem MALBATT Village di Port Dickson, Negeri Sembilan.

    MODUL LATIHAN PLKN 2026

    Latihan yang terbaru bagi tahun 2026 adalah merangkumi modul berikut :

    • Modul Fizikal :
      • Melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
    • Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak :
      • Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
    • Elemen Khidmat Masyarakat :
      • Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya

    RUJUKAN

    Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

    PENAFIAN

    Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

    Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

    Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

    Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://jlkn.mod.gov.my/.

    1 thought on “SEMAK STATUS PLKN 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK”

    1. saya una baru berumur 17 tahun dan saya sangat berminat dengan latihan PLKN ni , saya berharap saya dapat diterima dalam latihan ini

      Reply

    Leave a Comment