BANTUAN TUNAI UNTUK OKU : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN TUNAI UNTUK OKU : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

Demi membantu golongan Orang Kurang Upaya untuk meneruskan kelangsung hidup, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan beberapa jenis bantuan tunai dengan jumlah berbeza mengikut keperluan penerima.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima Bantuan Tunai untuk OKU? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH SARA SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAKI SEMASA

PENGENALAN BANTUAN TUNAI OKU

Berikut merupakan pengenalan bantuan setiap bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) :

  • Bantuan Elaun Pekerja OKU (EPOKU) :
    • Elaun ini diberikan kepada pekerja OKU sebagai insentif supaya terus bekerja sehingga mampu berdikasi dan produktif.
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) :
    • Untuk membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan dapat terus tinggal bersama keluarga.
  • Bantuan OKU Terlantar (BPT) :
    • Untuk membantu meringankan bebanan keluarga untuk menjaga OKU yang terlantar sakit.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI UNTUK OKU

Terdapat tiga (3) jenis Bantuan Tunai yang disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan jumlah bantuan adalah berbeza mengikut jenis bantuan yang disediakan :

JENIS BANTUANJUMLAH BAYARAN
Bantuan Elaun
Pekerja OKU
(EPOKU)
RM450 setiap bulan
(seorang)
Bantuan OKU Tidak
Berupaya Kerja
(BTB)
RM300 setiap bulan
(seorang)
Bantuan OKU
Terlantar
(BPT)
RM500 setiap bulan
(seorang)

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI OKU

Setiap Bantuan Tunai OKU seperti EPOKU, BTB dan BPT ditetapkan dengan syarat-syarat kelayakan yang berbeza seperti berikut :

  • Kelayakan Penerima Bantuan Tunai EPOKU :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 16 tahun dan ke atas;
      • (bukan penuntut mana-mana institusi pendidikan);
    • Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
    • Mempunyai pendapatan RM100 sehingga RM1,700 sebulan;
      • (gaji pokok, elaun, kerja lebih masa, pendapatan dari sewa rumah, pencen, zakat, sumbangan dan lain-lain sumber).
  • Kelayakan Penerima Bantuan Tunai BTB :
    • Warganegara Malaysia;
    • Had umur 16 hingga 59 tahun;
    • Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
    • Terhad dari segi fizikal, mental, intelektual / deria dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau persekitaran yang menghalang pemohon untuk akses kepada pekerjaan.
  • Kelayakan Penerima Bantuan Tunai BPT :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada had umur;
    • Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
    • Pesakit terlantar / dalam penjagaan rapi / memerlukan rawatan berterusan sekurangnya 3 bulan;
    • Pendapatan penjaga tidak melebihi RM5,000 sebulan.

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI UNTUK OKU

Bagi pemohon yang telah mengemukakan permohonan salah satu (1) Bantuan Tunai OKU, boleh buat semakan status kelayakan secara online untuk mengetahui sama ada layak atau tidak.

Ikuti panduan semakan kelayakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman portal rasmi JKM di sini :
  2. Halaman eBantuan JKM akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Semakan Status Permohonan Talian].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
    • Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 80021012345.
  5. Klik pada butang [Semak].
  6. Status kelayakan permohonan Bantuan OKU akan dipaparkan.
  7. Selesai.

INFO LANJUT

Segala informasi berkaitan Bantuan Untuk OKU di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JKM. Sekiranya tuan / puan ingin mengetahui info lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian JKM : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.

Leave a Comment