SEMAK MYSTR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH HASIL FASA 3
Portal MySTR kini dikemaskini dengan maklumat terkini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026, disertakan penambahbaikan dari segi fungsi untuk penerima mengakses laman tersebut dengan mudah untuk permohonan, semakan status dan kemas kini maklumat.
Bagaimanakah semak mystr 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA MOHON SARA 2026 : PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
MAKLUMAT PENTING
Berikut merupakan Maklumat Terkini mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2026 :
- Portal Rasmi STR 2026, iaitu Portal MySTR kini berwajah baharu https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pemohon perlu mengemas kini maklumat permohonan jika tidak kemas kini selama tiga (3) bertahun berturut-turut.
- STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan.
- SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima STR sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas melalui MyKad.
PORTAL MYSTR 2026
Laman MySTR ialah Portal Rasmi untuk penerima mendapatkan urusan dan info terkini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti :
| PORTAL RASMI STR 2026 | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Permohonan Baharu;
- Semakan Status Permohonan;
- Semakan Keputusan Rayuan;
- Semakan Status Kelayakan;
- Semakan Status Pembayaran;
- Kemas kini Maklumat.
SEMAK MYSTR 2026
Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
- Layari pautan rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan STR.
- Status kelayakan atau permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN MYSTR 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 2026 terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KADAR KELAYAKAN MYSTR 2026
Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 3 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM 2,500 kebawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang (Berumur 21-59 tahun) | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan (Total RM600 setahun) |
KADAR TAMBAHAN MYSTR 2026
Kadar tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA STR & BERSTATUS EKASIH | PENERIMA STR SAHAJA & BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 (RM200 Sebulan) | RM1,200 (RM100 Sebulan) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 (RM150 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
| Bujang | RM1,200 (RM100 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
JADUAL PEMBAYARAN MYSTR 2026
Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN FASA 3 |
|---|---|---|
| Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan | Akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
| Tiada Akaun Bank atau Berstatus ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026