TARIKH BAYAR SARA BUJANG 2026 : CHECK STATUS LULUS ATAU TIDAK JADI PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM50 SETIAP BULAN DALAM MYKAD
Setiap individu bujang yang lulus permohonan STR turut menerima manfaat bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 bermula bulan Januari tahun 2026 khusus untuk dibelanjakan bagi mendapatkan barangan keperluan asas hidup.
Artikel ini menyediakan panduan lengkap mengenai tarikh bayar SARA bujang 2026, kadar bantuan bulanan, syarat kelayakan penerima, serta cara buat semakan status kelayakan secara online.
Bilakah tarikh bayar sara bujang 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : PEMOHON YANG LAYAK AKAN DAPAT BAYARAN SECARA BULANAN
TARIKH BAYAR SARA BUJANG 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan bermula tarikh berikut :
| TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR |
|---|---|
| 16 Januari 2026 (Jumaat) | 31 Disember 2026 |
- 16 Januari 2026
- 1 Februari 2026
- 1 Mac 2026
- 1 April 2026
- 1 Mei 2026
- 1 Jun 2026
- 1 Julai 2026
- 1 Ogos 2026
- 1 September 2026
- 1 Oktober 2026
- 1 November 2026
- 1 Disember 2026
Bantuan akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) yang telah didaftarkan oleh penerima dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing.
SYARAT UTAMA KELAYAKAN SARA BUJANG
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bujang 2026, terdiri daripada :
| KATEGORI | SYARAT DAN KRITERIA |
|---|---|
| Kategori Bujang | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; atau Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih |
Kelayakan Bantuan SARA adalah secara automatik (tanpa permohonan) berdasarkan data penerima STR dan eKasih 2026.
JUMLAH SARA BUJANG 2026 DI BAYAR
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| Bujang (Berstatus eKasih) | RM100 Setiap Bulan | RM1,200 |
| Bujang (Bukan eKasih) | RM50 Setiap Bulan | RM600 |
CHECK STATUS SARA BUJANG 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semakan Status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak
- Tarikh Program Bermula : 16 Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : 31 Disember 2026
- Baki (RM) : 100.00 (contoh)
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
CARA GUNA BELANJAN ELAUN SARA DALAM MYKAD
Penerima SARA boleh mendapatkan barangan keperluan asas dengan kredit bantuan yang telah disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) dengan cara seperti berikut :
| LANGKAH | CARA MEMBELI |
|---|---|
| Langkah 1 | Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) |
| Langkah 2 | Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda |
| Langkah 3 | Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga |
| Langkah 4 | Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih |
| Langkah 5 | Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih |
| Langkah 6 | Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad |
| Langkah 7 | Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad |
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA BUJANG
Tidak. Bantuan SARA disalurkan secara cashless dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai rakan niaga MyKasih menggunakan MyKad.
Ya. Bermula tahun 2026, setiap penerima STR Bujang akan menerima pengkreditan SARA bulanan melalui MyKad untuk perbelanjaan barangan keperluan asas.
Anda boleh membuat semakan secara online di Portal Rasmi SARA untuk menyemak baki elaun dalam MyKad.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf