SEMAK DUIT DALAM MYKAD : CARA CHECK BAKI & BAYARAN BANTUAN SARA

SEMAK DUIT DALAM MYKAD : CARA CHECK BAKI & BAYARAN BANTUAN SARA

Bantuan one-off di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan ke dalam MyKad penerima bermula 31 Ogos 2025, dan boleh digunakan sehingga akhir tahun 2025.

Bagaimanakah semakan duit dalam mykad bantuan sara? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SARA RM100 DALAM MYKAD : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN ONE OFF 2025

SIAPAKAH LAYAK MENERIMA DUIT DALAM MYKAD

Kelayakan penerima SARA ONE-OFF UNTUK SEMUA 2025 adalah seperti berikut:

  • Setiap Warganegara Malaysia; dan
  • Berusia 18 tahun ke atas (tanpa mengira pendapatan).

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada penerima, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

KEGUNAAN DUIT DALAM MYKAD

Bantuan SARA RM100 ONE-OFF yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara seperti berikut:

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci Lantai / Pinggan Mangkuk

TARIKH PENYALURAN DUIT DALAM MYKAD

Bantuan SARA RM100 one-off akan disalurkan kepada penerima pada 31 Ogos 2025 (Ahad), Sempena Hari Kebangsaan. Ia boleh digunakan oleh penerima pada bila-bila masa sahaja dan SAH sehingga akhir tahun, 31 Disember 2025 (Rabu).

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN DUIT DALAM MYKAD

Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online di Portal MyKasih bermula 21 Ogos 2025, melalui cara seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Status Penerima SARA ONE OFF akan dipaparkan.
  6. Selesai.

CARA GUNA DUIT DALAM MYKAD

Penerima boleh menggunakan kredit RM100 SARA one-off untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad ke Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

Berikut merupakan senarai 4,100 premis berdaftar untuk SARA ONE OFF menggunakan MyKad, https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

CARA SEMAK BAKI DUIT DALAM MYKAD

Baki bayaran Bantuan SARA ONE-OFF boleh disemak melalui tiga (3) cara seperti berikut:

Semakan Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet :

  1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
  2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik pada ikon [TNG Card].
  4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
  5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
  6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
  7. Klik pada butang [Submit].
  8. Status duit dalam MyKad akan dipaparkan.
  9. Selesai.

Semakan Melalui Mesin Kiosk Touch ‘n Go :

  1. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
  2. Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
  3. Baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
  4. Selesai.

Semak Melalui Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak / Kedai Serbaneka :

  1. Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
  2. Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad.
  3. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment