CARA CHECK BAKI MYKASIH : BAYARAN BANTUAN SARA 2026
Baki Bantuan SARA MyKasih yang ada dalam Kad Pengenalan setiap penerima perlu digunakan sebelum tamat tempoh dan jika gagal menggunakannya sebelum tarikh akhir, baki yang ada akan ditarik dan tidak lagi boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas.
Bagaimanakah cara check baki bayaran Bantuan SARA MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS
JUMLAH BAKI MYKASIH TERKINI
Bantuan SARA MyKasih dikreditkan setiap bulan dari bulan Januari hingga Disember dan kini adalah bayaran bulan Mei, baki yang terkumpul setakat ini adalah sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT SETIAP BULAN | JUMLAH BAKI TERKUMPUL (HINGGA MEI) |
|---|---|---|
| Isi Rumah “Miskin Tegar” | RM200 sebulan | RM1,000 |
| Warga Emas “Miskin Tegar” | RM150 sebulan | RM750 |
| Bujang “Miskin Tegar” | RM100 sebulan | RM500 |
| Isi Rumah “Bukan Miskin” | RM100 sebulan | RM500 |
| Warga Emas “Bukan Miskin” | RM50 sebulan | RM250 |
| Bujang “Bukan Miskin” | RM50 sebulan | RM250 |
CARA CHECK BAKI MYKASIH
Bagaimanapun setiap penerima yang telah menggunakan Bantuan SARA MyKasih boleh mengetahui berapa baki yang masih ada dalam Kad Pengenalan melalui semakan seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| MyKasih | https://www.mykasih.com.my/ms/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 800430112345.
- *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan baki MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BAKI MYKASIH
Jika masih belum menggunakan Bantuan SARA MyKasih untuk beli barang keperluan asas, ikuti cara guna yang betul dan mudah seperti berikut :
- Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
TEMPOH GUNA BAKI MYKASIH
Semua penerima perlu mengetahui bahawa Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan mempunyai tempoh sah guna yang ditetapkan selama berikut :
| TARIKH KREDIT | TEMPOH GUNA | TARIKH TAMAT TEMPOH |
|---|---|---|
| 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 12 bulan | 31 Disember 2026 |
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.