SARA 2026 SEMAKAN ONLINE – STATUS KELAYAKAN & BAYARAN
Inisiatif bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) masih disalurkan secara bulanan dan one-off (sekali setahun) kepada rakyat Malaysia yang layak dan setiap penerima boleh terus menggunakan bayaran untuk perbelanjaan barangan keperluan asas pada bila-bila masa sahaja.
Bagaimanakah semakan status kelayakan dan bayaran SARA secara online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN RAHMAH : BAYARAN BULANAN 2026
KELAYAKAN PENERIMA SARA 2026
Bantuan SARA untuk bayaran bulanan dan one-off disalurkan khas kepada mereka yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA SARA BULANAN | KELAYAKAN PENERIMA SARA ONE-OFF |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Kategori Penerima | -Isi Rumah -Warga Emas -Bujang | -Isi Rumah -Warga Emas -Bujang |
| Had Umur | 21 tahun dan ke atas | 18 tahun dan ke atas |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 atau tidak lebih RM5,000 | Tiada had (terbuka kepada semua) |
| Status STR | Lulus ✅ | – |
NILAI BAYARAN SARA 2026
Kategori penerima adalah penentu kepada nilai bayaran Bantuan SARA supaya setiap penerima dapat menikmati bayaran selayaknya seperti berikut :
- Bayaran SARA Bulanan :
| KATEGORI PENERIMA | NILAI BANTUAN SARA |
|---|---|
| Isi Rumah | B40 : RM200 sebulan dan M40 : RM100 sebulan |
| Warga Emas | B40 : RM150 sebulan dan M40 : RM50 sebulan |
| Bujang | B40 : RM100 sebulan dan M40 : RM50 sebulan |
- Bayaran SARA One-Off :
| KATEGORI PENERIMA | NILAI BANTUAN SARA |
|---|---|
| Isi Rumah | Semua : RM100 |
| Warga Emas | Semua : RM100 |
| Bujang | Semua : RM100 |
TARIKH BAYARAN SARA 2026
Bayaran Bantuan SARA bulanan dan one-off dilaksanakan pada tarikh yang berbeza seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN BULANAN | TARIKH BAYARAN ONE-OFF |
|---|---|
| 9 – 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 9 Februari 2026 |
KAEDAH BAYARAN SARA 2026
Dua (2) kaedah bayaran disediakan mengikut jenis penyaluran Bantuan SARA supaya ianya terus dapat sampai kepada penerima :
| JENIS PENYALURAN | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Bulanan | Dibayar secara terus setiap bulan automatik ke dalam Kad Pengenalan penerima untuk beli barang keperluan asas selama 12 bulan |
| One-Off | Dibayar secara sekali sahaja (one-off) automatik ke dalam Kad Pengenalan penerima untuk beli barang keperluan asas pada bila-bila masa |
SARA 2026 SEMAKAN ONLINE
Status kelayakan dan bayaran Bantuan SARA perlu disemak melalui Portal Rasmi SARA melalui pautan yang tertera di bawah :
| PORTAL RASMI SARA |
|---|
| https://www.sara.gov.my/ |
Ikuti panduan lengkap cara semakan kelayakan dan status bayaran Bantuan SARA seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi SARA (klik pada pautan di atas).
- Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 700525112345.
- Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada kotak [ ] Verify you are human.
- Tunggu pengesahan anda.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran Bantuan SARA akan dipaparkan.
- *berdasarkan kelayakan anda (bulanan atau one-off).
- Selesai.
INFO LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 7720 1800 / https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.