SEMAK BANTUAN SARA RAHMAH 2026 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Terkini! Pelbagai kedai telah berdaftar di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) termasuk Kedai Runcit, Pasar Mini, Pasar Raya Besar membolehkan penerima untuk berberlanja barangan keperluan asas menggunakan MyKad berdekatan dengan tempat tinggal masing-masing.
Bagaimanakah semak status bantuan sara rahmah 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: LOG MASUK SYUKUR SABAH : FASA 3 2026 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA RM600
KELAYAKAN BANTUAN SARA RAHMAH
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan SARA Rahmah 2026, mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Berstatus eKasih);
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Bukan eKasih);
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BANTUAN SARA RAHMAH
Jumlah Bantuan SARA Rahmah 2026, akan disalurkan seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) | RM100 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) |
CARA PENGKREDITAN BANTUAN SARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 melalui MyKad membolehkan penerima membeli 15 Kategori Barangan Keperluan asas yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan, barangan persekolahan, makanan sejuk beku dan barangan kebersihan rumah di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).
| KAEDAH BAYARAN | TARIKH LUPUT |
|---|---|
| MyKad (Kad Pengenalan) Boleh digunakan oleh penerima untuk menebus barang asas yang diluluskan di bawah Program SARA | 31 Disember 2026 |
CARA PEMBELIAN BARANG SARA
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan (berdasarkan 15 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SENARAI KEDAI SARA RAHMAH
Terdapat lebih 3,700 kedai dan pasaraya berdaftar SARA di seluruh Malaysia termasuk :
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- The Store;
- Pacific;
- Milimewa;
- 99 Speedmart;
- Lotus Stores (Tesco);
- Lulu Supermarket;
- Pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
SEMAK BANTUAN SARA RAHMAH
Status Kelayakan Bantuan SARA Rahmah 2026 boleh di semak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semakan status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Halaman Utama Portal akan dipaparkan.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Semakan status di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi mySTR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Halaman Utama Log Masuk mySTR akan dipaparkan.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik (Semakan Status Permohonan STR).
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026