BTR FASA 1 2025 BILA MASUK : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BTR FASA 1 2025 BILA MASUK : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Bagi meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan rentan, pelbagai bentuk bantuan daripada Kerajaan Madani yang akan disalurkan sepanjang tahun 2025 termasuk juga BTR atau dikenali sebagai Bantuan Tunai Rahmah.

Bilakah BTR fasa 1 masuk dan bagaimanakah semakan status layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH RM100 SEMAKAN STATUS : CEK NAMA LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BTR 2025

BTR atau rasminya Bantuan Tunai Rahmah adalah merupakan sebuah bantuan tunai lanjutan daripada bantuan-bantuan kerajaan yang disalurkan secara ansur berperingkat mengikut empat (4) fasa keseluruhan.

Peruntukan pada tahun 2025 adalah sebanyak RM13 billion yang merupakan peruntukan yang tertinggi berbanding daripada tahun sebelum ini yang hanya sebanyak RM10 billion sahaja.

BTR FASA 1 2025 BILA MASUK

Bantuan Tunai Rahmah (BTR) fasa satu (1) akan dimasukkan mengikut jangkaan tarikh seperti berikut :

TARIKH BTR FASA 1 2025 MASUK
** Januari 2025 atau ** Februari 2025
*Tarikh masuk BTR fasa satu (1) adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan akan dikemaskini kembali apabila pihak kerajaan telah mengumumkan secara rasmi nanti.

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BTR FASA 1

Ketahui status anda layak atau tidak terima Bantuan BTR fasa satu (1) melalui semakan berikut :

  1. Sila layari laman rasmi BTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

JUMLAH BTR FASA 1 BERAPA MASUK

Jumlah Bantuan Tunai Rahmah (BTR) bagi fasa satu (1) yang akan dimasukkan adalah sebanyak :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah Pendapatan Rendah (B40) : RM500;
    • Isi Rumah Pendapatan Sederhana (M40) : RM500.
  • Kategori Bujang :
    • Bujang Umur 21 hingga 59 tahun : RM150;
    • Bujang Umur 60 tahun dan ke atas : RM150.

*Namun bagaimanapun, jumlah di atas adalah anggaran sahaja, untuk mengetahui jumlah yang akan anda terima, sila semak pada puatan rasmi BTR.

CARA BTR FASA 1 MASUK

Terdapat dua (2) cara Bantuan BTR fasa satu (1) masuk, iaitu melalui :

  1. Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan; atau
  2. Diberikans secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.

Leave a Comment