SEMAK BANTUAN 100 IC 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 akan disalurkan secara bulanan kepada penerima yang layak, serta bantuan ONE-OFF sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia termasuk penerima sedia dan penerima baharu SARA.
Bagaimanakah semak status layak atau tidak bantuan rm 100 dalam ic? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK SARA 100 : CARA CHECK ONLINE LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU BANTUAN RM 100 DALAM IC
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih merupakan bantuan tanpa tunai yang disalurkan ke dalam MyKad atau IC (Kad Pengenalan) penerima untuk dibelanjakan bagi Barangan Keperluan Asas yang diluluskan.
SIAPAKAH LAYAK BANTUAN DALAM IC
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 STR setiap bulan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Bermula 31 Ogos 2025, setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, tanpa mengira pendapatan akan menerima SARA ONE-OFF RM100 secara automatik melalui MyKad, yang akan diberikan oleh Kerajaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan.
SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN RM 100 DALAM IC
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal MyKasih seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Status Penerima dan Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dan SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
- Selesai.
Penerima sedia ada SARA STR boleh membuat semakan status kelayakan bayaran bulanan pada bila-bila masa. Bagi bantuan SARA ONE-OFF RM100 pula, semakan kelayakan boleh dibuat mulai 21 Ogos 2025.
AMAUN KELAYAKAN BANTUAN DALAM IC 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan dalam MyKad penerima adalah seperti berikut:
- Penerima Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM2,100 Setahun RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 Setahun RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM600 Setahun RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Penerima Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM900 Setahun RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 Setahun RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Tambahan SARA ONE-OFF (SEKALI BAYAR) sebanyak RM100 akan disalurkan terus kepada setiap penerima melalui MyKad pada 31 Ogos 2025.
TEMPOH SAH KREDIT BANTUAN RM 100 DALAM IC
Kredit bulanan SARA atau SARA ONE-OFF RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja, dan baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan SAH sehingga 31 Disember 2025.
CARA GUNA KREDIT BANTUAN RM 100 DALAM IC
Penerima boleh menggunakan kredit SARA STR atau SARA ONE-OFF untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA STR/ SARA ONE OFF.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SENARAI BARANG ASAS LULUS BAYARAN MENGGUNAKAN IC
Berikut merupakan kategori Barangan Asas yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad):
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara