SARA DALAM IC 2026 : SEMAKAN STATUS ADAKAH ANDA LAYAK ATAUPUN TIDAK UNTUK TERIMA BANTUAN BARU BELI BARANG DAPUR INI

SARA DALAM IC 2026 : SEMAKAN STATUS ADAKAH ANDA LAYAK ATAUPUN TIDAK UNTUK TERIMA BANTUAN BARU BELI BARANG DAPUR INI

Melalui pelaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan kepada penerima yang layak, ini membolehkan penerima untuk memenuhi barangan keperluan harian termasuk barangan dapur.

Bagaimanakah semakan bantuan Sara dalam Ic 2026? Ikuti langkah lanjut disini.

BACA JUGA : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BANTUAN BARANG DAPUR

SYARAT PENERIMA SARA DALAM IC

Antara syarat kelayakan untuk menerima bantuan Sara dalam Ic adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
  • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan; atau
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih

SEMAKAN KELAYAKAN SARA DALAM IC

Terdapat (2) cara untuk semak kelayakan, antaranya adalah seperti berikut :

  • Portal SARA;
  • Portal MySTR

Semak Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
  9. Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
  10. Status : Layak (jika anda layak)
  11. Tarikh Program Bermula
  12. Tarikh Program Berakhir
  13. Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  14. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  15. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  16. ⁠Selesai.

Semak Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

KADAR BANTUAN SARA

Jumlah bantuan yang akan diperolehi oleh penerima adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMASARA EKASIHSARA BUKAN EKASH
Isi RumahRM2,400
(RM200 Sebulan)
RM1,200
(RM100 Sebulan)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,800
(RM150 Sebulan)
RM600
(RM50 Sebulan)
BujangRM1,200
(RM100 Sebulan)
RM600
(RM50 Sebulan)

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment