SARA BULANAN INDIVIDU BUJANG : (FASA 1 2026) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN BANTUAN DI DALAM MYKAD RM50 SETIAP BULAN

SARA BULANAN INDIVIDU BUJANG : (FASA 1 2026) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN BANTUAN DI DALAM MYKAD RM50 SETIAP BULAN

MyKad iaitu Kad Pengenalan setiap individu bujang yang layak akan terima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan bermula pada bulan Januari ini dengan jumlah bayaran RM50 hingga RM100 setiap seorang.

Bagaimanakah semakan status bayaran SARA Bulanan Individu Bujang? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR 2026 SEMAKAN KELULUSAN  FASA 1 : SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH TERBARU

JUMLAH SARA BULANAN INDIVIDU BUJANG

Jumlah Bantuan SARA Bulanan akan dibayar kepada individu Bujang sebanyak berikut :

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH KREDIT SARA
Bujang Status
Miskin & Miskin Tegar
RM100 setiap bulan
hingga
RM1,200 setahun
Bujang Status
Asas Bukan Miskin
RM50 setiap bulan
hingga
RM600 setahun

JADUAL KREDIT SARA BULANAN BUJANG

Pengkreditan Bantuan SARA Bulanan untuk individu Bujang dijadualkan seperti berikut :

TARIKH KREDITJUMLAH BANTUAN
16/01/2026RM50 & RM100
01/02/2026RM50 & RM100
01/03/2026RM50 & RM100
01/04/2026RM50 & RM100
01/05/2026RM50 & RM100
01/06/2026RM50 & RM100
01/07/2026RM50 & RM100
01/08/2026RM50 & RM100
01/09/2026RM50 & RM100
01/10/2026RM50 & RM100
01/11/2026RM50 & RM100
01/12/2026RM50 & RM100

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA BULANAN BUJANG

Rujuk panduan lengkap cara semak status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA Bulanan seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Status penerima yang layak akan dipaparkan seperti contoh berikut :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula16/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)100.00

CARA GUNA SARA BULANAN DALAM MYKAD

Setelah Bantuan SARA dikreditkan dalam MyKad, individu bujang boleh menggunakannya mengikut cara berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

INFO LANJUT SARA

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment