SARA 2026 SEMAKAN BAYARAN : JADUAL & TARIKH

SARA 2026 SEMAKAN BAYARAN : JADUAL & TARIKH

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak pada tarikh bayaran yang ditetapkan dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing.

Bagaimanakah cara semakan bayaran sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026

SYARAT KELAYAKAN SARA 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

SARA EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Warganegara Malaysia;

Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan

Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
Warganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang

JUMLAH BAYARAN SARA 2026

Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200RM100
Warga Emas Tiada PasanganRM150RM50
BujangRM100RM50

CARA BAYARAN SARA KEPADA PENERIMA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima yang layak seperti berikut :

KAEDAH BAYARANMEDIUM BAYARAN
Secara Tanpa Tunai (cashless)MyKad (Kad Pengenalan)

Info : Kredit bantuan SARA boleh digunakan oleh penerima untuk membeli / menebus barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai atau pasar raya berdaftar mengikut amaun yang disalurkan melalui MyKad.

JADUAL & TARIKH BAYARAN SARA 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan setiap bulan (selama 12 bulan) seperti berikut :

TEMPOH BAYARANJADUAL BAYARANTARIKH BAYARAN
Setiap Bulan
(12 Bulan)
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
09/01/2026
01/02/2026
01/03/2026
01/04/2026
01/05/2026
01/06/2026
01/07/2026
01/08/2026
01/09/2026
01/10/2026
01/11/2026
01/12/2026

SEMAKAN PENERIMA BAYARAN SARA 2026

Status Kelayakan Penerima Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula 09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki dan Jumlah Bantuan (RM) 100.00

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment