SARA 2025 FASA FEBRUARI : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM100 & RM50)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif Bantuan Kerajaan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah terus mendapat akses kepada barangan keperluan asas melalui bantuan bulanan tanpa tunai ke dalam MyKad penerima.
Bagaimanakah semakan sara 2025 fasa februari? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MYKASIH 2025 FASA FEBRUARI : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM100 & RM50)
APA ITU SARA
Sumbangan Asas Rahmah atau SARA merupakan bantuan tambahan Kerajaan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) (termasuk kategori eKasih dan BUKAN eKasih) bermula tahun 2025. Hal ini bermaksud, individu yang LULUS dan merupakan penerima STR 2025 akan secara automatik menerima bantuan ini.
Bantuan ini merupakan bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas dimana, bayaran akan disalurkan ke dalam MyKad penerima (mengikut MyKad yang didaftar) untuk membuat pembayaran barangan keperluan asas di Pasaraya terpilih.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA FASA FEBRUARI
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
Catatan: Individu yang memenuhi syarat dan kategori kelayakan di atas akan secara langsung layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.
CARA SEMAKAN BANTUAN SARA SECARA ONLINE
Semakan Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan maklumat pembayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
CARA PENYALURAN BANTUAN SARA 2025
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Penerima daripada Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
JUMLAH BANTUAN SARA 2025 FASA FEBRUARI
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR (BERSTATUS eKasih) | AMAUN AGIHAN BULAN FEBRUARI (RM) |
---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 100 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM 100 |
Bujang (Setiap Individu) | RM 50 |
- Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
Untuk makluman anda, bagi kategori Penerima STR BUKAN berstatus Miskin/Miskin eKasih, bantuan akan disalurkan bermula April sehingga Disember 2025.
JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN SARA FASA FEBRUARI KE DALAM MYKAD
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR (BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | Bulan Januari : 15 Januari 2025 Bulan Februari sehingga Disember : Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan. |
Penerima Bantuan STR (BUKAN eKasih) | Bulan April sehingga Disember : Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan |
LIST BARANGAN DAPUR SARA 2025
Berikut merupakan senarai nama barangan keperluan asas yang diluluskan:
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
Catatan: Penerima bantuan hendaklah membeli barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga di pasaraya.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara