REGISTER SKAS 2025 : REGISTRATION SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)

REGISTER SKAS 2025 : REGISTRATION SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)

Kerajaan Negeri Sarawak akan mengurangkan bebanan kewangan rakyat dengan menyalurkan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi sepanjang tahun 2025 kepada kumpulan sasar yang berpendapatan rendah dan juga sederhana.

Bagaimanakah cara register SKAS? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SARAWAK : SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (SKAS RM800 & RM400 & RM250)

TARIKH REGISTER SKAS 2025

Pembayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak akan dilakukan bermula pada awal suku pertama tahun 2025, untuk tarikh rasmi masih lagi tidak diumumkan. Pihak kami akan kemaskini apabila dihebahkan dan bantuan akan dikreditkan ke akaun S PAY GLOBAL selewat-selewatnya pada suku pertama tahun 2025.

Sekiranya nama anda tiada dalam senarai penerima suku pertama, anda boleh membuat rayuan pada tahun bermula 1 Februari 2025 sehingga 31 Mac 2025 dan keputusan rayuan boleh diketahui pada 1 Jun 2025.

SYARAT KELAYAKAN REGISTER SKAS 2025

  1. Kriteria Umum :
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  2. Kategori Penerima :
    • Isi Rumah :
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    • Bujang :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
    • Warga Emas :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.

REGISTER SKAS 2025

Untuk makluman, warga Sarawak tidak perlu membuat pendaftaran (register) bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kerana ianya diberikan secara automatik kepada nama-nama penerima yang tersenarai dalam data penerima STR fasa keempat (4) dan sekiranya anda juga layak, anda perlu mengikut cara-cara berikut untuk menerima Bantuan SKAS :

  1. Muat Turun (Download) aplikasi S PAY GLOBAL.
    • Aktifkan akaun anda dengan melengkapkan pendaftaran.
  2. Semak Kelayakan SKAS.
    • Ikuti panduan lengkap (di bawah) untuk semakan status kelayakan dan pastikan maklumat akaun S PAY GLOBAL anda dikemas kini.
  3. Sahkan tuntutan bantuan.
    • Log masuk ke aplikasi S PAY GLOBAL dan ikuti arahan untuk mengesahkan penerimaan Bantuan SKAS.

SEMAKAN STATUS SKAS 2025

Ketahui status anda melalui semakan status seperti berikut :

  1. Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
  2. Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
  3. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  4. Kemudian, sila scroll ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
  5. Tekan butang “Check Eligibility”.
  6. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  7. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  8. Klik butang “NEXT”.
  9. Kemudian, tekan “My Individual Account”.
  10. Di laman ini, anda sudah boleh buatSEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  12. Klik “Search”.
  13. Paparan Notifikasi Nama anda Lulus atau Tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :

1 thought on “REGISTER SKAS 2025 : REGISTRATION SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)”

Leave a Comment