SEMAK STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Terbaru untuk tahun 2026, penerima yang layak menerima Bantuan Asas Rahmah direkodkan seramai 8.1 juta penerima yang terdiri dari kategori bujang, isi rumah dan warga emas. Bilangan penerima bertambah daripada 5.7 juta penerima sedia ada.
Bagaimanakah cara semak status penerima Bantuan Asas Rahmah? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYKAD MYKASIH 2026 RM200 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU BANTUAN ASAS RAHMAH?
Bantuan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan kewangan tambahan yang disalurkan kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 untuk menampung keperluan asas sepanjang tahun.
Dengan Bantuan Asas Rahmah, penerima dapat menampung kos perbelanjaan barang keperluan asas untuk diri sendiri dan seisi keluarga. Antara barang yang dapat adalah barang dapur, keperluan diri, ubat-ubatan, barang sekolah dan sebagainya.
AMAUN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026
Berikut merupakan amaun Bantuan Asas Rahmah yang disalurkan mengikut kategori penerima :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN | KESELURUHAN |
|---|---|---|
| Bujang Daftar eKasih | RM100 sebulan | RM1,200 setahun |
| Warga Emas Daftar eKasih | RM150 sebulan | RM1,800 setahun |
| Isi Rumah Daftar eKasih | RM200 sebulan | RM2,400 setahun |
| Bujang Bukan eKasih | RM50 sebulan | RM600 setahun |
| Warga Emas Bukan eKasih | RM50 sebulan | RM600 setahun |
| Isi Rumah Bukan eKasih | RM100 sebulan | RM1,200 setahun |
JADUAL BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026
Pembayaran Bantuan Asas Rahmah dilaksanakan mengikut jadual seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah & Warga Emas | 9 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
| Bujang | 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
MEDIUM BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026
Berikut merupakan medium bayaran Bantuan Asas Rahmah kepada setiap kategori penerima :
| KATEGORI PENERIMA | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang | Terima bayaran secara tanpa tunai disalurkan melalui satu (1) medium iaitu dalam Kad Pengenalan penerima khusus untuk beli barang keperluan asas |
SEMAK STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH 2026
Anda boleh ketahui status kelayakan dengan membuat semakan di laman web rasmi seperti yang tertera di bawah :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Asas Rahmah : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.
- Laman rasmi Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan sebagai penerima Bantuan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Asas Rahmah, sila rujuk pihak berwajib melalui talian, e-mel dan laman web pertanyaan di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.