LOGIN SKAS 2025 : CHECK STATUS PENERIMA SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK
Primier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan beberapa peruntukan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup khususnya kepada rakyat yang mudah terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.
Antara bantuan yang akan diberikan adalah Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan sebagainya.
Bagaimanakah login dan check status penerima skas? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : REGISTER SKAS : REGISTRATION SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)
LOGIN SKAS 2025
Untuk login, pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah dan ikuti panduan check status yang lengkap seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
- Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Kemudian, sila scroll ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
- Tekan butang [Check Eligibility].
- Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
- Klik butang [NEXT].
- Kemudian, tekan [My Individual Account].
- Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
- Klik butang [Search].
- Paparan Notifikasi Nama anda Lulus atau Tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
- Selesai.
BILANGAN PENERIMA LAYAK LOGIN SKAS 2025
Kerajaan Negeri Sarawak memperuntukan Bantuan SKAS sebanyak RM450 juta untuk disalurkan kepada seramai :
BILANGAN PENERIMA | KELAYAKAN |
---|---|
850,000 ribu rakyat Sarawak | -Isi Rumah Pendapatan Bawah RM5,000. -Warga Emas Pendapatan Bawah RM5,000. -Bujang Pendapatan Bawah RM2,500. |
JUMLAH AGIHAN SKAS 2025
Kerajaan Negeri Sarawak akan mengagihkan Bantuan SKAS kepada 850,000 ribu penerima yang layak dengan jumlah seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH AGIHAN SKAS 2025 |
---|---|
ISI RUMAH | RM800 |
WARGA EMAS | RM400 |
BUJANG | RM250 |
KAEDAH AGIHAN SKAS 2025
Bantuan SKAS tidak akan diagihkan secara tunai kerana Kerajaan Negeri Sarawak akan mengagihkannya melalui kaedah :
KAEDAH AGIHAN SKAS 2025 |
---|
Baucar Digital melalui S PAY Global (e-Wallet) |
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 6082441686
- Alamat Emel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
Daftar skas
Semak Kelayakkan
Semakan kelayakan