PORTAL EKASIH ONLINE 2026 : SEMAK STATUS KELULUSAN PEMOHON JIKA LULUS AKAN TERIMA RM200 SECARA BULANAN
Setiap pendaftar eKasih boleh membuat semakan dengan mudah secara online untuk mengetahui status pendaftaran terkini, sama ada layak atau tidak untuk menerima pengkreditan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembayaran sehingga RM200 sebulan.
Bagaimanakah cara login portal & semak ekasih online 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK BANTUAN EKASIH RM200 : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA
SYARAT KELAYAKAN SARA EKASIH 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, Bujang |
JUMLAH SARA EKASIH 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 akan dikreditkan bermula tarikh berikut :
- SARA eKasih (Lulus STR & Berdaftar eKasih) :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN (RM) | TOTAL SETAHUN (RM) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM2,400 Setahun |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM1,800 Setahun |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM1,200 Setahun |
- SARA bukan eKasih (Lulus STR Sahaja) :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN (RM) | TOTAL SETAHUN (RM) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 Setiap Bulan | RM1,200 Setahun |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM50 Setiap Bulan | RM600 Setahun |
| Bujang | RM50 Setiap Bulan | RM600 Setahun |
JADUAL PEMBAYARAN SARA EKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih disalurkan setiap bulan mengikut jadual berikut :
| TARIKH BAYARAN | TARIKH LUPUT |
|---|---|
| 9 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 31 Disember 2026 |
TEMPOH SAH KREDIT SARA EKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh digunakan setiap bulan, pada bila-bila masa sehingga tarikh luput seperti berikut :
| TEMPOH PROGRAM | TARIKH PROGRAM BERAKHIR/LUPUT |
|---|---|
| 12 Bulan (Bermula Januari sehingga Disember) | 31 Disember 2026 |
PORTAL EKASIH ONLINE 2026
Portal Rasmi eKasih boleh diakses oleh pendaftar eKasih dengan mudah secara online untuk mengetahui status pendaftaran yang telah dilakukan seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Portal eKasih | https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03 |
SEMAK PENDAFTARAN EKASIH ONLINE 2026
Status pendaftaran eKasih boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut :
- https://ekasih2.icu.gov.my/sistem/log-masuk
- Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal eKasih 2.0.
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan (Sekiranya anda belum daftar, daftar akaun terlebih dahulu).
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk], dan Klik [Semakan Status].
- Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
- Selesai.
SEMAKAN SARA EKASIH ONLINE 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026
Ada saya layak untuk pemohonan e kasih