PLKN 2025 : SEMAKAN ONLINE STATUS LAYAK ATAU TIDAK (SESI 3.0)

PLKN 2025 : SEMAKAN ONLINE STATUS LAYAK ATAU TIDAK (SESI 3.0)

Kementerian Pertahanan Negara telah bersetuju untuk melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2025 dengan konsep dan format baharu yang lebih baik untuk kalangan belia di Malaysia.

Bagaimanakah semakan status kelayakan PLKN secara online? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN UPU REGISTRATION : FASA 1 LEPASAN SPM & STPM (PANDUAN LENGKAP PDF)

APA ITU PLKN 2025

PLKN adalah Program Latihan Khidmat Negara yang diteruskan semula bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional, membina jati diri dan memberi peluang kepada golongan muda di Malaysia dalam menghadapi cabaran hidup melalui pengalaman latihan fizikal dan mental.

MANFAAT PENYERTAAN PLKN 2025

Antara manfaat penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah :

  • Membentuk Jati Diri dan Sahsiah.
  • Meningkatkan Semangat Patriotisme.
  • Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan.
  • Pembangunan Kemahiran Insaniah.
  • Peluang Peningkatan Kerjaya.
  • Jaringan Sosial dan Persahabatan.
  • Peningkatan Daya Tahan Mental dan Emosi.
  • Memupupuk Semangat Kesukarelawanan.
  • Menyatupadukan golongan muda daripada pelbagai kaum.
  • Membentuk perwatakan positif dan pengamalan nilai murni.
  • Lahirkan generasi muda cergas, cerdas dan berkeyakinan.

SYARAT PENYERTAAN PLKN 2025

Berikut merupakan syarat penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pelajar Lepasan SPM;
  • Calon berusia antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
  • Sihat dari segi Fizikal dan Mental; dan
  • Belum pernah menyertai PLKN sebelum ini.

TEMPOH PELAKSANAAN PLKN 2025

Pelaksanaan Latihan Percubaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah selama tempoh berikut :

PERKARATEMPOH PELAKSANAAN
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)Selama 45 hari

TARIKH PELAKSANAAN PLKN 2025

Berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat selama tiga (3) siri dan bermula pada tarikh berikut :

  • Siri Pertama (1) :
    • 12 Januari hingga 25 Februari 2025 (Kem Rejimen 515 Askar Watniah, Kuala Lumpur.
  • Siri Kedua (2) :
    • 11 Mei hingga 24 Jun 2025 (Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang.
  • Siri Ketiga (3) :
    • 7 September hingga 21 Oktober 2025 (Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang.

SEMAKAN ONLINE STATUS KELAYAKAN PLKN 2025

Peserta yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dimaklumkan melalui dua (2) saluran utama, iaitu :

  1. Melalui e-Mel :
    • Calon akan menerima e-Mel permohonan melalui alamat e-Mel yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
  2. Surat Panggilan Rasmi :
    • Pemohon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan.

*Nota : Jika pemohon yang tidak menerima sebarang notis panggilan bermakna calon gagal untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Namun, calon masih berpeluang untuk dipanggil pada siri PLKN yang akan datang selagi usia belum mencapai 35 tahun.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/maklumat/plkn-3-0.

1 thought on “PLKN 2025 : SEMAKAN ONLINE STATUS LAYAK ATAU TIDAK (SESI 3.0)”

Leave a Comment