PERMOHONAN UPU 2025 REGISTRATION : FASA 1 LEPASAN SPM & STPM (PANDUAN LENGKAP PDF)
Semua calon Lepasan SPM dan STPM/Setaraf yang berkelayakan dipelawa untuk mengambil peluang menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi yang mana terdapat sebanyak 350 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan SPM dan 1,131 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan STPm/Setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT seluruh negara.
Bagaimanakah permohonan UPU registration fasa 1 Lepasan SPM dan STPM? Ikuti panduan lebih lengkap di bawah.
BACA JUGA : UPU : PDF CARA PERMOHONAN & REGISTRATION ONLINE FASA 1
KENYATAAN MEDIA RASMI KPT PERMOHONAN UPU 2025
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti dan dua (2) institusi daripada MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) melalui UPUOnline®
Permohonan terbuka kepada pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf bagi semua program pengajian untuk permohonan Fasa Pertama, manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian dibuka pada permohonan Fasa Kedua.
TARIKH PERMOHONAN UPU 2025 REGISTRATION
Untuk permohonan UPUOnline® telah dibuka untuk kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 pada tarikh seperti berikut :
- FASA PERTAMA (1) : Bermula 10 Februari 2025 sehingga 14 Mac 2025
- (Bagi Lepasan SPM & STPM/ Setaraf).
- FASA KEDUA (2) : Bermula 14 April 2025 sehingga 18 Mei 2025
- (Bagi Program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian).
PEMBELIAN NOMBOR PIN UPU 2025 REGISTRATION
Sebelum mengemukakan permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2025, lepasan SPM / STPM perlu membeli Nombor Pin UPU bermula 9 Februari 2025. Nombor Pin UPU boleh dibeli melalui tiga (3) cara, iaitu :
- Melalui 350 Kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
- Melalui 700 Automatic Teller Machine (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
- Melalui Perbankan Internet MyBSN.
*Nota : Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mengeluarkan Nombor Pin berserta salinan resit pembayaran dan pemohon diminta untuk menyimpan slip pembayaran Nombor Pin UPU untuk rujukan sebagai bukti sah pembelian.
KATEGORI PERMOHONAN UPU 2025
Terdapat empat (4) kelayakan permohonan UPUOnline® kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 yang terbahagi kepada beberapa kategori :
- Lepasan SPM :
- Bagi permohonan Sesi Akademik 2025/2025 Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UiTM, Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) terbahagi kepada dua (2) kategori, iaitu :
- Kategori A : SPM 2024 (Tahun Semasa);
- Kategori B : SPM 2023 & 2022 (Bukan Tahun Semasa).
- Bagi permohonan Sesi Akademik 2025/2025 Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UiTM, Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) terbahagi kepada dua (2) kategori, iaitu :
- Lepasan STPM :
- Bagi permohonan Sesi Akademik 2025/2026 Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) :
- Kategori A : Aliran Sastera;
- Kategori S : Aliran Sains.
- Bagi permohonan Sesi Akademik 2025/2026 Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) :
- Matrikulasi / Asasi :
- Bagi permohonan Sesi Akademik 2025/2026 Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) :
- Kategori N : Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi Sains UM, ASASIPintar UKM & Asasi UiTM.
- Kategori P : Aliran Perakaunan calon Matrikulasi KPM.
- Kategori U : Aliran Undang-undang (KPM) Calon Asasi UiTM.
- Kategori K : Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
- Kategori L : Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
- Kategori J : Aliran Kejuruteraan Calon Matrikulasi KPM.
- Kategori M : Aliran Asasi Sains Sosial UM.
- Kategori V : Aliran Asasi Teknologi Kejuruteraan Politeknik.
- Bagi permohonan Sesi Akademik 2025/2026 Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) :
- Diploma / Setaraf :
- Permohonan Sesi Akademik 2025/2026 Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) :
- Kategori E : Diploma DKM / DLKM, DVM, Diploma IPTS / Luar Negara / ILKA / Lain-lain Diploma.
- Kategori F : Setaraf A-Level, International Baccalaureate (IB), Sekolah Sukan, STPM, Matrikulasi, STAM, AUSMAT / SAM / CPU, Foundation IPTS (Bukan Tahun Semasa).
- Kategor G : Diploma UA / Politeknik / Kolej Komuniti.
- Permohonan Sesi Akademik 2025/2026 Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) :
PERMOHONAN UPU 2025 REGISTRATION
Berikut merupakan panduan permohonan UPUonline kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 :
- Sila beli Unik ID UPU mengikut kategori yang betul.
- Layari portal rasmi UPU di pautan di sini : https://upu.mohe.gov.my/.
- Pilih kategori anda dengan betul.
- Semak syarat kelayakan di e-Panduan UPUOnline.
- Kemudian, kira merit anda.
- Semak tren permohonan dan penawaran.
- Seterusnya, semak laluan kerjaya.
- Isi permohohan UPUOnline.
- Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
- Kemudian, pilih pilihan program mengikut keutamaan anda.
- Lengkapkan borang permohonan.
- Klik butang (SIMPAN).
- Muat turun dan [Cetak] slip permohonan.
- Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian rasmi : 03-8684 2363
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login.