PERMOHONAN STR 2026 : CARA REGISTER/DAFTAR AKAUN mySTR & PEMOHON BARU (PANDUAN LENGKAP)
Portal Rasmi MySTR telah diperbaharui dengan sistem yang lebih baik. Oleh itu, semua penerima sedia ada atau yang sudah berdaftar perlu membuat pendaftaran akaun pengguna MySTR yang baharu. Manakala pemohon baharu pula perlu mengemukakan permohonan baharu.
Bagaimanakah cara daftar permohonan STR untuk tahun 2026? Ikuti panduan lengkap boleh rujuk di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN STR 2025 (FASA 4)
APA ITU STR?
STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan bantuan kewangan langsung yang diperuntukan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana seperti B40 da M40.
Hasil penjimatan daripada penyasaran subsidi sebanyak RM15 billion dapat diberikan kepada rakyat melalui Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara ansur berperingkat dalam empat (4) fasa.
JUMLAH BANTUAN STR 2026
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2026 akan dibayar dengan jumlah yang baru mengikut kelayakan dan bilangan anak seperti berikut :
- Bayaran Bantuan STR 2026 Kepada Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 adalah sebanyak jumlah berikut :
BIL. ANAK | JUMLAH BANTUAN STR 2026 | SARA |
---|---|---|
0 | RM700 | RM1,200 |
1 – 2 | RM1,200 | RM1,200 |
3 – 4 | RM1,700 | RM1,200 |
>5 | RM2,200 | RM1,200 |
- Bayaran Bantuan STR 2026 Kepada Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,000 adalah sebanyak jumlah berikut :
BIL. ANAK | JUMLAH BANTUAN STR 2026 | SARA |
---|---|---|
0 | RM200 | RM1,200 |
1 – 2 | RM450 | RM1,200 |
3 – 4 | RM700 | RM1,200 |
>5 | RM950 | RM1,200 |
- Bayaran Bantuan STR Kepada Individu Warga Emas (Tiada Pasangan) adalah sebanyak jumlah berikut :
BIL. ANAK | JUMLAH BAYARAN STR 2026 | SARA |
---|---|---|
0 | RM600 | RM600 |
Manakala individu Bujang pula tidak akan menerima bayaran Bantuan STR, namun hanya menerima bayaran Bantuan SARA setiap bulan melalui Kad Pengenalan sahaja.
CARA DAFTAR AKAUN my STR BARU 2026
Pendaftaran akaun baharu mySTR dibuka untuk penerima sedia ada dan pemohon baharu. Ikuti cara daftar akaun mySTR yang lengkap seperti berikut :
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
CARA LOGIN AKAUN STR 2026
Untuk log masuk akaun STR yang baharu, anda perlu ikuti cara berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan: – Status Permohonan Str – Jumlah Telah Dibayar – Jumlah Bayaran Keseluruhan STR – Status Kelayakan SARA
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah: – Perubahan Maklumat Permohonan – Cetak Permohonan – Semakan Permohonan – Kemas Kini Maklumat Asas – Tukar Kata Laluan – Maklumbalas – Peti Mel
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
PERMOHONAN STR 2026
Bagi yang belum mengemukakan permohonan STR, ikuti cara permohonan yang lengkap seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Isikan Pilihan Pekerjaan.
- Isikan Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Isikan status Perkahwinan Anda :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan
- Bujang
- (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Semua maklumat yang disediakan dalam artikel ini adalah untuk memudahkan carian orang ramai berkaitan Panduan Permohonan STR yang baharu. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut.
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.