PERMOHONAN MYKASIH 2025 (DAFTAR ONLINE BANTUAN MYSARA)
Terkini! Pendaftaran dan semakan MyKasih 2025 boleh dilakukan sekarang. Bantuan ini penting untuk membantu individu atau keluarga yang memerlukan sokongan kewangan dalam mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup, terutama dalam membeli barangan keperluan asas harian.
Untuk menerima bantuan MyKasih ini anda perlulah berdaftar di eKasih dan lulus bantuan MySTR.
Bagaimanakah pendaftaran dan semakan MyKasih 2025 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SKAS SARAWAK APPLICATION (2025 REGISTER ONLINE)
APA ITU MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih atau SARA merupakan bantuan dibawah program MyKasih Foundation dan kerjasama pihak Kerajaan bagi memenuhi keperluan asas individu.
Sumbangan adalah secara tanpa tunai (cashless) dimana bantuan akan disalurkan kedalam MyKad pemohon. Wang tanpa tunai ini akan digunakan oleh penerima untuk membeli barangan keperluan asas harian seperti makanan, dan berangan keperluan lain termasuklah barangan persekolahan. Penerima bantuan akan membuat transaksi bayaran di kedai-kedai yang berdaftar dengan menggunakan MyKad.
Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima bantuan STR dan golongan Miskin Tegar yang berdaftar di eKasih. Oleh itu pemohon hendaklah terlebih dahulu memohon bantuan STR dan berdaftar dengan eKasih (golongan miskin). Penerima Bantuan STR dan golongan Miskin Tegar akan menerima bantuan ini secara automatik.
SYARAT KELAYAKAN MOHON MYKASIH 2025
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
PERMOHONAN MYKASIH 2025
Untuk buat permohonan Mykasih 2025, anda mestilah terdiri daripada kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan berdaftar eKasih. Hal ini bermaksud pemohon mestilah mendaftar dan berstatus lulus eKasih dan MySTR.
Panduan lengkap permohonan str 2025 adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
Panduan lengkap Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
- Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; atau
- Hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Selesai.
TALIAN BANTUAN PERMOHONAN EKASIH
Berikut merupakah senarai talian yang boleh dihubungi untuk pendaftaran eKasih, mengikut negeri masing-masing:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
KADAR BANTUAN
Bantuan MyKad Madani (SARA/MyKasih) mestilah penerima bantuan STR & Pendaftar eKasih, dan bantuan ini akan diberikan secara berperingkat dalam tempoh 12 bulan.
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 ) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 | RM 900 |
Warga emas tanpa pasangan | RM 1200 | RM 450 |
Bujang | RM 600 | – |
TARIKH MASUK BAYARAN MYKASIH 2025
Bayaran bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025. Manakala, bagi kategori penerima berstatus miskin dan miskin tegar eKasih akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran, kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa.
Kaedah pengkreditan dilakukan adalah secara cashless (tanpa tunai), dimana wang akan disalurkan kedalam MyKad penerima. Penerima boleh membuat pembayaran MyKasih di dalam premis yang terpilih dengan menggunakan MyKad untuk membeli barang keperluan asas.
SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025
Semakan status dan kelayakan bantuan boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
KAEDAH PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MYKASIH
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit untuk MyKasih adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.
Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.