REGISTER MYKASIH RM100 (2025 BANTUAN SARA)

REGISTER MYKASIH RM100 (2025 BANTUAN SARA)

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah dibawah program MyKasih akan diagihkan kepada penerima secara bulanan sebanyak (RM100/RM50) mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pemberian akan dilaksanakan mengikut tarikh pembayaran yang dikeluarkan oleh Kerajaan.

Bagaimanakah register MyKasih SARA online? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN RM100 MYKAD (2025 PERMOHONAN, SEMAKAN ONLINE)

APA ITU MYKASIH

Sumbangan Asas Rahmah (SARA), telah disediakan oleh Kerajaan dan MyKasih Foundation untuk memenuhi keperluan asas individu dan keluarga yang memerlukan.

Bagi tahun 2025, penerima yang layak untuk menerima bantuan ini mestilah terdiri daripada penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah), dan golongan Miskin Tegar yang berdaftar di sistem eKasih. Dengan register Mykasih, anda akan menerima bantuan sebanyak RM100/RM50 secara bulanan mengikut kelayakan anda.

Untuk melayakkan diri anda menerima bantuan ini, pastikan anda terlebih dahulu memohon bantuan STR dan mendaftar di sistem eKasih bagi golongan miskin. Selepas pendaftaran, bantuan ini akan diterima secara automatik tanpa perlu permohonan tambahan.

SYARAT KELAYAKAN REGISTER MYKASIH 2025

Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

REGISTER MYKASIH RM100

Bantuan SARA/Mykasih secara bulanan ini perlulah terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan berstatus Miskin Tegar eKasih. Hal ini bermaksud pemohon mestilah mendaftar dan berstatus lulus eKasih dan MySTR.

PANDUAN LENGKAP REGISTER MYKASIH

Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
  4. Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; atau
  6. Hubungi PPN berhampiran anda di talian.
  7. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  8. Selesai.

Permohonan STR 2025 adalah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan maklumat Permohonan.
  4. Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  6. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
  7. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  8. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    • Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
    • Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    • Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
  9. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

KADAR BANTUAN

Bantuan SARA mestilah penerima bantuan STR dan berstatus Miskin Tegar eKasih.

Jumlah bantuan SARA 2025 adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
(BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih)
KADAR BANTUAN (RM)
(PENERIMA STR 2025 )
Isi rumahRM 1200
(Sebulan RM 100)
RM 900
(RM 100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(Sebulan RM 100)
RM 450
(RM sebulan)
BujangRM 600
(Sebulan RM 100)

TARIKH BAYARAN MYKASIH

  • Bagi kategori penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih, bayaran akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat.
  • Manakala penerima BUKAN Miskin dan Miskin Tegar, bayaran bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025.

Catatan : Kaedah pengkreditan dilakukan adalah secara cashless (tanpa tunai), dimana wang akan disalurkan kedalam MyKad. REGISTER MYKASIH membolehkan anda menerima sebanyak RM100 secara bulanan untuk buat pembelian barangan MyKasih di dalam premis yang terpilih dengan menggunakan MyKad untuk membeli barang keperluan asas.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DAN KEMASUKAN BAYARAN

Status bantuan SARA/MyKasih boleh disemak seperti kaedah berikut:

KAEDAH PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MYKASIH

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit untuk MyKasih adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.

4 thoughts on “REGISTER MYKASIH RM100 (2025 BANTUAN SARA)”

Leave a Comment