PERMOHONAN BARU BANTUAN STR (FASA 1 2025 ONLINE)
Untuk makluman anda, permohonan baru bantuan STR Fasa 1 2025 akan dibuka dalam masa terdekat. Matlamat program bantuan tunai STR adalah untuk menyediakan sokongan kewangan kepada golongan yang memerlukan serta memastikan setiap rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan yang lebih sejahtera. Bantuan ini akan disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang menepati kriteria syarat kelayakan.
Bagaimanakah permohonan baru bantuan STR Fasa 1 2025 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN MYKAD MADANI (MOHON ONLINE 2025)
PERMOHONAN BARU BANTUAN STR ONLINE 2025
Panduan lengkap permohonan online STR 2025 seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- emudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
Pemakluman:
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Borang STR 2025 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh diserahkan ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
- Penghantaran borang secara e-mel adalah tidak diterima.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Syarat kelayakan permohonan bagi Bantuan STR seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
- menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
- mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan: Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
TARIKH PERMOHONAN DIBUKA
Untuk makluman anda, tarikh permohonan bantuan STR Fasa 1 2025 akan dibuka bermula 19 Oktober 2024.
TARIKH TAMAT PERMOHONAN BARU BANTUAN STR
Untuk makluman, tarikh untuk permohonan baru STR Fasa 1 2025 akan ditutup pada 30 November 2024.
Anda dinasihatkan untuk membuat permohonan baru dengan kadar segera pada tarikh permohonan yang ditetapkan.
Bagi yang belum kemaskini 3 tahun berturut-turut perlu kemaskini permohonan STR 2025 bagi melancarkan proses permohonan bantuan dan bayaran.
JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1000 Anak 1-2 : RM 1500 Anak 3-4 : RM 2000 5 dan keatas: RM 2500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
e-Mel : [email protected]
Saya perlukan batuan ini
Saya B40, Ibu tunggal
Pendaftar baharu
Ya sy memerlukan bantuan ini
saya perlukan bantuan ini
Baru daftar str hari ini…perlu ke utk kemaskini di pejabat LHDN
Pendaftar baharu str
Dapat membantu meringankan beban kos sara hidup keluarga saya
Saya pesara kerajaan memerlukan bantuan STR untuk membantu meringankan tanggungan keluarga saya
Dapat membantu meringankan kos sara hidup keluarga saya
Saya seorang bujang says Belum busy permohonan ini.Bolehkah kemaskini status saya.Saya tidak tahu tulis dan baca bagaimana saya nak buat permohonan ini
Saya berstatus bujang baru menjangkau 21 tahun pada 8 September 2025 …saya ingin membuat permohonan bantuan sumbangan tunai rahmah(STR)
Saya berstatus bujang berumur 21 tahun ,saya ingin membuat pemohon bantuan sumbangan tunai Rahmah(str)
saya memerlukan bantuan (STR) ini
saya perlukan bantuan ini