PERMOHONAN BANTUAN STR 2027 : CARA PERMOHONAN BANTUAN STR SECARA ONLINE

PERMOHONAN BANTUAN STR 2027 : CARA PERMOHONAN BANTUAN STR SECARA ONLINE

Terkini! Dalam Perbentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peningkatan peruntukan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM16 bilion, berbanding RM15 bilion tahun ini.

Bagaimanakah permohonan bantuan str 2027 online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga : BANTUAN KHAS KEWANGAN 2027 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA (RM1500 & RM750)

PENGENALAN BANTUAN STR 2027

Program bantuan kewangan kerajaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan untuk tahun 2027. Dalam Perbentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM16 bilion.

Dengan penambahan peruntukan Kerajaan ini, membolehkan seramai sembilan juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menikmati bantuan tambahan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan sehingga RM150 sebulan (12 Bulan) atau sehingga RM1,800 setahun.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN STR

Pemohon baharu yang memenuhi syarat kelayakan permohonan STR 2027, boleh membuat permohonan secara fizikal atau dalam talian (online) bermula tarikh rasmi berikut :

KAEDAH PERMOHONANTARIKH PERMOHONAN
Permohonan Secara Fizikal

Melalui borang kertas permohonan STR (BK-01)
di Pejabat Hasil / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan
1 Oktober 2026, Khamis
Permohonan Secara Online

Melalui dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR
15 Oktober 2026, Khamis

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN STR

Sebelum membuat permohonan STR 2027, anda mestilah memenuhi kriteria dan kelayakan seperti berikut :

  • Isi Rumah;
  • Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang);
  • Bujang
KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
Isi RumahBerkahwin
(Ada atau Tiada Anak);

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Ada Anak);

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tanpa PasanganBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 60 tahun dan ke atas;

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
BujangBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun;

Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU);

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;

Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah

PORTAL ONLINE PERMOHONAN BANTUAN STR

Selain permohonan secara fizikal di Pejabat Hasil berdekatan, anda juga boleh membuat permohonan STR 2027 dengan mudah hanya secara online di Portal Rasmi MySTR seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

PERMOHONAN BANTUAN STR 2027

Sekiranya anda layak, serta memenuhi kriteria dan kategori kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh membuat permohonan STR 2027 secara online seperti langkah-langkah berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
  3. ⁠Klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

JUMLAH BANTUAN STR 2027

Jumlah rasmi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi setiap kategori (Isi Rumah, Warga Emas, dan Bujang), belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kewangan (MoF).

INFO LANJUT

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment