BANTUAN KHAS KEWANGAN 2027 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA (RM1500 & RM750)
Terkini! Dalam Belanjawan 2027, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada semua kakitangan awam dan pesara di Malaysia sebagai mengenang jasa dan khidmat bakti kepada negara.
Apakah syarat kelayakan penerima bantuan khas kewangan (bkk) 2027? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: CARA PERMOHONAN STR 2027 : SECARA ONLINE
BANTUAN KHAS KEWANGAN 2027
YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan Malaysia (MoF), mengumumkan satu Bantuan Kewangan Khas (BKK) dalam Belanjawan tahun 2027, kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.
Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Kewangan Khas (BKK) ini kepada semua pekerja lantikan kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam iaitu 1.3 Juta Penjawat Awam dan Pekerja Kontrak, serta 1 Juta Pesara Kerajaan (Veteran) berpencen dan tidak berpencen sebagai tanda penghargaan mengenang jasa dan khidmat bakti penjawat awam kepada negara.
Bantuan BKK 2027 ini dilaksanakan seperti berikut :
- Pemberian BKK kepada Penjawat Awam Gred Utama B dan Ke Bawah, termasuk kakitangan lantikan kontrak;
- Pemberian BKK kepada Pesara Kerajaan (Veteran Berpencen dan Veteran Tidak Berpencen).
Gred Utama B : Jawatan yang menjalankan fungsi pengurusan, pentadbiran, serta penggubalan dasar di kementerian, jabatan, atau pihak berkuasa tempatan. Contoh : Ketua Setiausaha / Ketua Pengarah di sesebuah Kementerian / Jabatan.
Info Penting : Hampir keseluruhan struktur tenaga kerja sektor awam di Malaysia akan layak Bantuan (BKK) 2027 ini.
JUMLAH BANTUAN KHAS KEWANGAN
Penyaluran duit BKK Kerajaan 2027, akan dilaksanakan sebanyak dua (2) kali pembayaran berasingan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN | JADUAL PELAKSANAAN |
|---|---|---|
| Penjawat Awam (Gred Utama B dan ke bawah termasuk lantikan kontrak) | RM1,500 Pembayaran akan dibuat (dibahagikan) kepada dua kali bayaran | Pembayaran Pertama : Sebelum Aidilfitri Pembayaran Kedua : Menjelang Ambang 7 Dasawarsa Merdeka |
| Pesara Kerajaan (Veteran) Berpencen & Tidak Berpencen | RM750 Pembayaran akan dibuat (dibahagikan) kepada dua kali bayaran | Pembayaran Pertama : Sebelum Aidilfitri Pembayaran Kedua : Menjelang Ambang 7 Dasawarsa Merdeka |
SYARAT BANTUAN KHAS KEWANGAN
Bantuan BKK untuk tahun 2027 akan diberikan kepada individu yang menepati syarat kelayakan di bawah :
- Pegawai Perkhidmatan Awam, Gred Utama B dan ke bawah atau setara :
- Pegawai lantikan tetap;
- Pegawai lantikan tetap sementara dan lantikan kontrak [Contract of Service (COS).
- Pesara Kerajaan (Veteran) :
- Veteran Berpencen;
- Veteran Tidak Berpencen.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Khas Kewangan (Penjawat Awam & Pesara) 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian JPA / MoF : 03 8000 8000
- Laman Web Rasmi Kementerian Kewangan (MoF) : https://www.mof.gov.my/
- Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) : https://www.jpa.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/belanjawan-2027-pengumuman-saat-akhir-pm-umum-bantuan-khas-kewangan-untuk-penjawat-awam-pesara