BANTUAN SARA HIDUP 2027 : CARA PERMOHONAN SECARA ONLINE

BANTUAN SARA HIDUP 2027 : CARA PERMOHONAN SECARA ONLINE

Salah satu usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat Malaysia dalam mendepani cabaran kos sara hidup dengan menambahbaik inisiatif bantuan sara hidup melalui peningkatan peruntukan bantuan sebanyak RM16 bilion untuk tahun 2027.

Bagaimanakah permohonan bantuan sara hidup 2027 online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: PERMOHONAN BANTUAN STR 2027 : CARA PERMOHONAN BANTUAN STR SECARA ONLINE

SENARAI BANTUAN SARA HIDUP

Pelbagai usaha Kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia dalam mendepani cabaran kos sara hidup, terutama golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar memerlukan dengan menyediakan bantuan kewangan sara hidup dalam bentuk tunai dan tanpa tunai.

Berikut merupakan senarai bantuan sara hidup 2027 :

  • Bantuan tunai : Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Bantuan tanpa tunai (cashless) : Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
    • SARA BULANAN;
    • SARA MADANI (ONE-OFF)

Dalam pembentangan Belanjawan 2027, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan bantuan kewangan STR dan SARA ditingkatkan kepada RM16 bilion, ketimbang RM15 bilion pada tahun ini.

Untuk tahun 2027, semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) (9 juta penerima) akan menerima bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan amaun sehingga RM150 sebulan (12 bulan).

Info Penting : Setiap pemohon yang layak atau penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan secara automatik.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP

Individu yang memenuhi kriteria kelayakan bantuan kerajaan, akan menerima bantuan sara hidup 2027 seperti berikut :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
Isi RumahBerkahwin
(Ada atau Tiada Anak);

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Ada Anak);

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tanpa PasanganBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 60 tahun dan ke atas;

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
BujangBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun;

Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU);

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;

Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
JENIS SARASYARAT DAN KELAYAKAN
SARA BULANAN
(12 BULAN)
Warganegara Malaysia; dan
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
SARA MADANI (ONE-OFF)Semua Warganegara Malaysia; dan
Berusia 18 tahun dan ke atas

Info Penting : SARA MADANI (ONE-OFF) sebanyak RM100 akan diberikan sebanyak dua (2) kali iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang 7 dasawarsa Merdeka.

PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP 2027

Sekiranya anda memenuhi kriteria Bantuan Sara Hidup 2027 (Sumbangan Tunai Rahmah), anda boleh membuat permohonan secara online seperti langkah-langkah berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
  3. ⁠Klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

Info Penting : Setelah status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) anda disahkan layak, anda akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik setiap bulan.

CARA PELAKSANAAN

Bantuan sara hidup 2027 akan dilaksanakan seperti berikut :

JENIS BANTUANKAEDAH BAYARANTEMPOH BANTUAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)secara tunai ke akaun bank penerimaBantuan secara berfasa
(4 FASA SETAHUN)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad khusus untuk pembelian barangan asas.Bantuan secara bulanan
(12 BULAN)

Jumlah dan tarikh rasmi pelaksanaan bantuan sara hidup 2027, belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

RUJUKAN LANJUT

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

Leave a Comment