PEMBAYARAN STR FASA 2 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Bebanan kos sara hidup yang dihadapi oleh segilintir rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dapat diringankan dengan bantuan kewangan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) oleh kerajaan bagi sepanjang tahun ini dengan kadar antara RM600 sehingga RM2,500 (bergantung kelayakan penerima).
Bagaimanakah semak status kelayakan bayaran str fasa 2? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah dijangka pada tarikh seperti berikut :
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Kedua (2) | Bermula 3 April 2025 |
KADAR PEMBAYARAN STR FASA 2 2025
Berikut merupakan kadar keseluruhan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM1,000 1 hingga 2 anak : RM1,500 3 hingga 4 anak : RM2,000 5 anak ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 hingga 2 anak : RM750 3 hingga 4 anak : RM1,000 5 anak ke atas : RM1,250 |
Warga Emas Tiada pasangan | RM600 |
Bujang | RM600 |
KAEDAH PEMBAYARAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Kedua (2) adalah sama seperti sebelum ini yang bergantung kepada penerima seperti berikut :
PENERIMA ADA AKAUN BANK | PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
---|---|
Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan STR | Diberikan secara tunai di mana- mana kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat termasuk di Sabah dan Sarawak |
SEMAK STATUS KELAYAKAN PEMBAYARAN STR FASA 2 2025
Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima bayaran STR fasa kedua seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.
salam..saya penerima STR tahun lepas dan tahun² sebelumnya. Utk 2025 ni saya tidak lulus, boleh tau atas sebab apa saya tidak lulus tahun 2025 ni.
Bantuan str