MYSTR FASA 1 2025 BILA MASUK : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

MYSTR FASA 1 2025 BILA MASUK : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Bantuan MySTR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan lanjutan bantuan daripada kerajaan yang merupakan hasil daripada penyasaran semula subsidi membolehkan kerajaan untuk menyalurkan bantuan tunai kepada rakyat dengan lebih banyak peruntukan.

Bilakah MySTR fasa 1 masuk dan bagaimanakah semak status layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SARA HIDUP : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

MYSTR FASA 1 2025 BILA MASUK

Secara lazimnya Bantuan MySTR fasa satu (1) akan dimasukkan kepada penerima yang layak pada awal tahun dan dijangka kerajaan akan memasukkan Bantuan MySTR bermula pada ** Januari 2025 atau ** Februari 2025.

*Namun pihak kami akan mengemaskini kembali tarikh bayaran Bantuan MySTR fasa satu (1) apabila telah diumumkan secara rasmi nanti.

CARA MYSTR FASA 1 2025 MASUK

Cara-cara Bantuan MySTR fasa satu (1) masuk adalah sama seperti tahun-tahun sebelum ini, iaitu bergantung kepada penerima samaada mempunyai akaun bank atau tiada seperti berikut :

  1. Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dimasukkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
  2. Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Penerima Status ‘Gagal Kredit’ :
    • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

JUMLAH MYSTR FASA 1 2025 MASUK

Setiap kategori akan menerima jumlah Bantuan MySTR yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH
MYSTR FASA 1
Isi Rumah B400 anak : RM250
1-2 anak : RM400
3-4 anak : RM500
5 ke atas : RM600
Isi Rumah M400 anak : RM150
1-2 anak : RM200
3-4 anak : RM250
5 ke atas : RM300
*Nota : Bagaimanapun jumlah di atas adalah anggaran sahaja dan penerima perlu membuat semakan di laman MySTR yang rasmi untuk mengetahui jumlah yang akan diterima pada fasa satu (1).
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH
MYSTR FASA 1
Bujang Umur
21 hingga 59 tahun
RM150
Bujang Umur
60 tahun dan ke atas
RM150

SEMAK STATUS MYSTR FASA 1 2025

Untuk mengetahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan MySTR fasa satu (1) bagi tahun 2025, ikuti panduan semakan status berikut :

PERKARAPAUTAN
Laman Rasmi MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila layari laman rasmi MySTR di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MySTR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.

1 thought on “MYSTR FASA 1 2025 BILA MASUK : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment