MYSTR 2025 (SEMAKAN, PERMOHONAN & KEMASKINI BANTUAN ONLINE)
Untuk makluman anda, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk membuka pendaftaran STR 2025 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan Kerajaan ini.
Walaupun permohonan ini dibuka sepanjang tahun, permohonan bagi kelayakan bayaran Fasa 1 2025 adalah sehingga 30 November 2024.
Bagaimanakah permohonan, dan kemaskini bantuan mystr 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN SKAS 2025 : SEMAK STATUS BANTUAN SARAWAK ONLINE
APA ITU MYSTR 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah program bantuan khas kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) secara TUNAI. Matlamat program bantuan ini adalah untuk membantu mengurangkan tekanan kewangan melalui bantuan tunai berperingkat sepanjang tahun.
Dalam belanjawan 2025 baru-baru ini, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menambah baik STR dan SARA 2025 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM13 bilion, dimana peningkatan peruntukan sebanyak 30 peratus adalah yang tertinggi pernah diberikan Kerajaan untuk menangani kos sara hidup rakyat. Ia akan memanfaatkan hampir 60 peratus penduduk berpendapatan rendah dan sederhana rendah.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Syarat kelayakan permohonan bagi Bantuan MYSTR 2025 seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan - Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
PERMOHONAN MYSTR 2025
Kaedah permohonan bantuan MYSTR 2025 seperti berikut:
- Permohonan Secara atas Talian
- Pemohon boleh mengemukakan permohonan di portal Rasmi STR, di pautan berikut, https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Permohonan Melalui Borang Kertas
- Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati di:
- Portal Rasmi STR ; atau
- Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Catatan : Borang STR 2025 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh diserahkan ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM. Penghantaran borang secara e-mel adalah tidak diterima.
CARA MOHON SECARA ONLINE
Panduan lengkap permohonan MYSTR 2025 secara online adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- . Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.
- Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
TARIKH PERMOHONAN MYSTR 2025
Permohonan kini telah dibuka pada 19 Oktober 2024, dan dibuka SEPANJANG TAHUN. Namun, permohonan bagi kelayakan bayaran Fasa 1 STR 2025 adalah sehingga 30 November 2024.
KEMASKINI BANTUAN ONLINE
Panduan lengkap kemaskini STR 2025 secara atas talian seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan.
- Klik butang Log Masuk.
- Sahkan kod keselamatan dan masukkan kata laluan anda. Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Untuk sebarang perubahan maklumat asas, pilih menu “Perubahan Maklumat Asas”.
- Kemaskini maklumat asas seperti berikut dengan maklumat terkini:
- No. Telefon Rumah
- No. Telefon Bimbit
- Maklumat Alamat Surat Menyurat
- Alamat e-Mel
- Maklumat No Telefon Pasangan
- Maklumat Waris
- Kemudian, klik “Simpan”.
- Selesai.
TARIKH KEMASKINI MYSTR 2025
Kemaskini bantuan MYSTR 2025 boleh mula dilakukan mulai 19 Oktober 2024, dan SEPANJANG TAHUN 2025.
JUMLAH BANTUAN
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1000 Anak 1-2 : RM 1500 Anak 3-4 : RM 2000 5 dan keatas: RM 2500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
e-Mel : [email protected]
minta bantuan
Minta bantuan semakan dan kemaskini mystr 2025@ bantuan online
Kemas kini str 2025