CHECK BALANCE SARA – JUMLAH YANG ADA DALAM IC
Setiap penerima pastinya mempunyai jumlah balance (baki) Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang berbeza dalam IC (Kad Pengenalan) kerana ada yang telah menggunakannya dan ada juga yang belum pernah menggunakannya untuk beli barang keperluan asas.
Bagaimanakah cara check balance SARA yang ada dalam IC? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN MYSTR 2026 – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 3
JUMLAH BALANCE SARA
Jika penerima yang layak menerima Bantuan SARA dari bulan Januari hingga kini (Mei) dan tidak pernah menggunakannya untuk beli barang keperluan asas, balance (baki) yang ada dalam IC adalah berjumlah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BALANCE SARA |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM1,000 |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM750 |
| Bujang Miskin Tegar | RM500 |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM500 |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM250 |
| Bujang Bukan Miskin | RM250 |
CHECK BALANCE SARA
Bagaimanapun, setiap penerima perlu mengetahui jumlah balance (baki) Bantuan SARA yang ada dalam IC sebelum menggunakannya untuk beli barang keperluan asas. Ikuti cara check balance (semak baki) Bantuan SARA seperti berikut :
- Layari laman web rasmi SARA di sini : https://sara.gov.my/.
- Laman web rasmi SARA akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian ‘Semak Kelayakan’.
- Masukkan Nombor IC anda pada ruang disediakan.
- *tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 7005301123456.
- *tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Sahkan anda bukan robot dengan tanda pada [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima dan balance (baki terkumpul) Bantuan SARA akan dipaparkan seperti :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Ini (RM) | 1,000.00 |
TEMPOH GUNA BALANCE SARA
Namun, penerima yang mempunyai balance (baki) Bantuan SARA yang ada dalam IC perlu menggunakannya untuk beli barang keperluan asas pada setiap bulan kerana ianya mempunyai tempoh sah guna yang ditetapkan seperti berikut :
| TARIKH KREDIT | TEMPOH GUNA | TAMAT TEMPOH |
|---|---|---|
| 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 12 bulan | 31 Disember 2026 |
CARA GUNA BALANCE SARA
Bagi penerima yang tidak pernah menggunakan Bantuan SARA untuk beli barang keperluan asas setiap bulan. Berikut merupakan cara mudah untuk guna Bantuan SARA :
- Kunjungi mana-mana 10,000 premis berdaftar (kedai runcit / pasar mini / pasar raya berhampiran) – https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
- Pilih barang keperluan asas seperti barang dapur, produk penjagaan diri, barang sekolah, ubat-ubatan dan sebagainya yang ada label SARA (Sumbangan Asas Rahmah).
- Tunjukkan IC anda kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan nyatakan baki yang ada dalam IC anda dan akan mula imbas barang keperluan yang dipilih mengikut jumlah baki yang ada.
- Transaksi bayaran akan disahkan menggunakan IC anda.
- Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki dan transaksi pembayaran.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 7720 1800 / https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.