CHECK BANTUAN TUNAI RAHMAH – KELAYAKAN FASA 3 2026

CHECK BANTUAN TUNAI RAHMAH – KELAYAKAN FASA 3 2026

Kira-kira hampir 8.5 juta pemohon (sedia ada dan baharu) yang diluluskan dan akan menerima bayaran Bantuan Tunai Rahmah untuk Fasa 3 secara tunai melalui akaun bank dan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Bagaimanakah cara check kelayakan Bantuan Tunai Rahmah Fasa 3? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH BUJANG 2026 – SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH

Penerima Bantuan Tunai Rahmah mestilah Warganegara Malaysia serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Kelayakan Isi Rumah :
    • Tiada had umur;
    • Berpasangan (ada / tiada anak) atau ibu/bapa tunggal (ada anak masih tanggungan);
    • Pendapatan bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000.
  • Kelayakan Warga Emas :
    • 60 tahun dan ke atas;
    • Tiada pasangan (bujang / balu / duda / janda);
    • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Kelayakan Bujang :
    • 21 hingga 59 tahun;
    • Bujang atau balu / duda / janda (tiada anak masih tanggungan);
    • Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan;
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.

CARA TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

Cara bayaran Bantuan Tunai Rahmah disediakan dengan dua (2) cara yang mengikut jenis penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA TERIMA BAYARAN
Penerima ada akaun bankTerima bayaran secara berperingkat
dikreditkan melalui akaun bank
menerusi sistem ‘IBG Kredit’
Penerima tiada akaun bankTerima bayaran secara terus
di kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

Berikut merupakan jumlah bayaran penuh Bantuan Tunai Rahmah untuk tahun 2026 kepada setiap kategori penerima :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BANTUAN TUNAI RAHMAH
Isi RumahB40 :
Tiada anak – RM700
1/2 anak – RM1,200
3/4 anak – RM1,700
>5 anak – RM2,200

M40 :
Tiada anak – RM200
1/2 anak – RM450
3/4 anak – RM700
>5 anak – RM950
Warga EmasRM600
Bujang
(Diganti bayaran SARA)
*Penerima isi rumah dan warga emas juga akan turut menerima bayaran Bantuan SARA.

JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah dilaksanakan secara berperingkat dari Fasa 1 hingga Fasa 4 mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

FASA BAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Fasa 120 hingga 27 Januari 2026
Fasa 210 hingga 30 Mac 2026
Fasa 3Belum diumumkan
dan
akan dikemaskini semula
Fasa 4Belum diumumkan
dan
akan dikemaskini semula

CHECK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH

Pemohon yang telah kemukakan permohonan Bantuan Tunai Rahmah boleh ketahui kelayakan sama ada layak atau tidak terima bayaran Fasa 3 dengan membuat semakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Bantuan Tunai Rahmah : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Portal Bantuan Tunai Rahmah akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian ‘Log Masuk’.
  4. Masukkan Nombor ID (Kad Pengenalan) pemohon.
  5. Klik pada butang [Semak].
  6. Kata Kunci Keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  7. Jika betul, klik pada butang [Ya].
  8. Masukkan Kata Laluan yang betul dan sah.
  9. Klik pada butang [Log Masuk].
  10. Papan pemuka pemohon akan dipaparkan.
  11. Klik pada butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan penerima Bantuan Tunai Rahmah akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment