MYSALAM 2025 SEMAKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

MYSALAM 2025 SEMAKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

Sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal. Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.

Bagaimanakah mySalam semakan status kelayakan penerima bayaran? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN E KASIH : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

SENARAI MANFAAT MYSALAM 2025

Berikut merupakan senarai manfaat mySalam :

  • Manfaat Hospitalisasi :
    • Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian.
  • Manfaat Penyakit Kritikal :
    • Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, penerima boleh menuntut manfaat dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup.

KADAR BAYARAN MYSALAM 2025

mySalam akan dibayar kepada penerima yang layak dengan kadar sebanyak :

JENIS MANFAATKADAR BAYARAN
HospitalisasiMinimum : RM50 / sehari
Maksimum : RM700 / 14 hari
Penyakit KritikalRM8,000 sekali seumur hidup

MYSALAM 2025 SEMAKAN

Semak status kelayakan anda menerima Bantuan mySalam melalui Portal Rasmi berikut :

  1. Layari Portal Rasmi mySalam di pautan : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
  2. Halaman utama Portal mySalam akan dipaparkan.
  3. Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kanan di ruangan [Semak Kelayakan]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. Jika anda LAYAK maklumat akan dipaparkan:
    • “Anda LAYAK untuk Skim Perlindungan B40 mySalam. Kelayakan perlindungan adalah bagi tahun 2024 & 2025. Sila Log Masuk ke Portal untuk menghantar tuntutan”.
  7. Selesai.

CARA TUNTUT MYSALAM 2025 (HOSPITALISASI)

Bagi yang dimasukkan ke wad mana-mana hospital kerajaan, hospital universiti atau hospital angkatan tentera, boleh membuat tuntutan mySalam seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan[Log Masuk Portal]
  4. Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
  5. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
  6. Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
  7. Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
  8. Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Hospitalisasi].
  9. Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
  10. Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan Salinan [Nota Discaj Hospital].
  11. Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
  12. Selesai.

CARA TUNTUT MYSALAM 2025 (PENYAKIT KRITIKAL)

Bagi yang mengidapi salah satu daripada 45 penyakit kritikal boleh membuat tuntutan mySalam seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan [Log Masuk Portal]
  4. Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
  5. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
  6. Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
  7. Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor] – Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
  8. Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
  9. Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal].
  10. Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
  11. Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor] -Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
  12. Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan mySalam, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/?url=intro.

Leave a Comment