SEMAKAN BANTUAN E KASIH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
Individu yang tersenarai dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) akan layak menerima pelbagai bentuk bantuan kewangan daripada kementerian dan agensi yang terlibat memberi bantuan.
Bagaimanakah semakan bantuan e kasih? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYSALAM LOGIN : SEMAKAN STATUS ONLINE LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU BANTUAN E KASIH 2025
EKasih adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR).
Terdapat pelbagai bantuan yang disalurkan kepada ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang tersenarai dalam rekod data eKasih, termasuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang disalurkan setiap bulan yang berjumlah sehingga RM2,100.
KELAYAKAN BANTUAN E KASIH 2025
Berikut merupakan syarat kelayakan Bantuan eKasih :
- Ketua Isi Rumah Warganegara Malaysia;
- Pendapatan isi rumah di bawah garis PGK semasa; dan
- Memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan setiap bantuan.
- Kelayakan Penerima Bantuan Sara :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Kelayakan Penerima Bantuan Sara :
SEMAKAN BANTUAN E KASIH 2025
Berikut merupakan panduan semakan status eKasih :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
STATUS BANTUAN E KASIH 2025
Terdapat empat (4) status yang akan dipaparkan kepada penerima, iaitu :
- Disahkan – Telah dibanci
- Disemak – Dalam proses banci
- Ditolak – Tidak layak dibanci
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru
SEMAKAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Untuk mengetahui status anda sebagai penerima bayaran Bantuan SARA MyKasih, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN SARA E KASIH 2025
- Penerima Tersenarai Rekod Data eKasih :
- Isi Rumah : RM2,100 setahun;
- Warga Emas : RM1,650 setahun; dan
- Bujang : RM600 setahun.
- Penerima Bukan eKasih :
- Isi Rumah : RM900 setahun;
- Warga Emas : RM450 setahun;
- Bujang : -.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan e Kasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Saya perlu bantuan Mysalam
Saya nak bantuan mysalam
Penerima yg tiada account bank d mana boleh tuntut bantuan sabah
Mohon bantuan sara
Bantuan ekasih
Saya nak bantuan mysalam