MYKASIH RM100 SEMAKAN STATUS 2025 : CEK NAMA LAYAK ATAU TIDAK

MYKASIH RM100 SEMAKAN STATUS 2025 : CEK NAMA LAYAK ATAU TIDAK

Lanjutan Program MyKasih bantuan RM100 sebulan pada tahun 2025 akan dilaksanakan tidak lama lagi yang disasarkan kepada lebih ramai penerima yang layak sekaligus menjadikan jumlah penerima meningkat sehingga hampir 40 peratus (%) rakyat dewasa yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Bagaimanakah mykasih semakan status layak atau tidak 2025? Ikuti panduan semakan status di bawah.

BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH BILA MASUK : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN SARA

MYKASIH RM100 SEMAKAN STATUS 2025

Ikuti panduan semakan status kelayakan MyKasih RM100 pada pautan rasmi berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan ‘LAYAK’ atau ‘TIDAK LAYAK’.
  7. Selesai.

KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH RM100 MELEPASI STATUS 2025

Bantuan MyKasih RM100 sebulan akan disalurkan khas kepada yang berkelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di Semenanjung Malaysia;
  • Isi Rumah berpasangan (ada atau tiada anak); atau
  • Isi Rumah tunggal (ada anak);
  • Pendapatan isi rumah bawah garis PGK semasa atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025;
  • Berdaftar atau tidak dengan e-Kasih.

TEMPOH PEMBERIAN MYKASIH RM100 2025

Pemberian Bantuan MyKasih RM100 sebulan adalah selama tempoh yang ditetapkan pada tahun 2025 kepada setiap penerima seperti berikut :

  • Penerima Berdaftar dengan e-Kasih :
    • Diberikan RM100 sebulan selama tempoh 12 bulan (Januari hingga Disember 2025).
  • Penerima Tidak Berdaftar dengan e-Kasih :
    • Diberikan RM100 sebulan selama tempoh 9 bulan (April hingga Disember 2025).

KAEDAH PELAKSANAAN MYKASIH RM100 2025

Pelaksanaan Bantuan MyKasih RM100 adalah secara tanpa tunai dikreditkan ke dalam akaun kad pengenalan (MyKad) penerima setiap bulan untuk menampung kos pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai dan pasaraya di seluruh Malaysia.

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu
beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment